Tagline 18/19 Da'i Farhan cetus fenomena! Bukan saja gurauan, ramai ambil kesempatan promo produk - Viral | mStar

Tagline 18/19 Da'i Farhan cetus fenomena! Bukan saja gurauan, ramai ambil kesempatan promo produk

Nik Farhan bersama isteri pertama dan anak mereka (gambar kiri) dan ketika dia bernikah dengan isteri kedua di Tanah Suci (gambar kanan).

KISAH perkahwinan pendakwah Da'i musim kedua, Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad dengan isteri keduanya di Tanah Suci, Makkah terus mendapat tumpuan netizen.

Menerusi satu temubual bersama mStar sebelum ini, Nik Farhan mendedahkan pernah diajak berkahwin oleh 18 wanita tetapi terpaksa ditolaknya.

Namun pendakwah berusia 29 tahun itu mengakui dia tiada kekuatan untuk menolak jodohnya dengan calon ke-19 yang juga isteri keduanya sekarang.

ARTIKEL BERKAITAN: Da'i Farhan dedah 18 wanita ajak kahwin terpaksa tolak! - “Calon ke 19 saya tiada kekuatan nak tolak kerana di Makkah”

ARTIKEL BERKAITAN: “Abang ceraikan sayang dengan talak satu” - Da’i Farhan mengaku cerai isteri pertama tapi nafi lakukan kekerasan

Rata-rata netizen kurang senang dengan respons Nik Farhan berhubung perkahwinannya itu.

Sejak itu, ayat pengakuannya menerima seorang janda anak lapan sebagai isterinya dijadikan bahan gurauan netizen di media sosial.

Aeril turut membuat posting mengenai kelahiran anak ketiganya menggunakan tagline tersebut.

Antaranya pelakon Aeril Zafril yang memuat naik posting kelahiran anak ketiganya di Instagram menggunakan kata-kata Nik Farhan sehingga mencuit hati netizen.

"18 kali permintaan saya nak baby Wawa tolak. Kali yang ke-19 ni, Wawa tak ada kekuatan nak tolak... dia punya aura tu Masya-Allah," katanya.

"Wuishhhh kapsyen dia. Makan dalam doh. Boleh tergigit cili tuan punya badan. Siapa yang cath up memang tahulah cerita. Siapa tak tahu sila rajin ke FB dan YouTube," tulis seorang pengikut Aeril.

Dalam pada itu, kata-kata itu turut digunakan seorang pendakwah bebas dikenali sebagai Ad-Dien di Twitternya.

Tweet berbunyi "Sebenarnya memang saya dapat offer ke Makkah tahun depan. Risau jugek kot² (terrrr)jumpa jodoh kat sana. Dapat di Tanah Suci, dapat depan Kaabah saya takde kekuatan nak tolak. Aura dia MasyaAllah..." turut tular di platform media sosial itu.

Tweet Ad-Dien turut menjadi perhatian netizen.

Posting itu mendapat 15,500 ulang kicau dan 19,100 tanda suka.

"Nice idea ustaz. Kalau macam ni saya pun nak heret crush pergi Makkah dan lamar di depan Kaabah. Biar dia tak ada kekuatan nak reject saya," tulis Hanbin.

"Masya-Allah punchline padu teruk," kata seorang pelayar Twitter.

Dah 18 patung yang datang ke rumah saya ni untuk mendapatkan kasih sayang saya tapi awak sesuatu, awak istimewa kerana awak calon ke-19.

JIHAN MUSE.

Pelawak/Pengacara

Dalam pada itu, kata-kata Nik Farhan turut digunakan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia dan syarikat jualan online, Shoppe untuk mempromosikan produk mereka.

Sejak Selasa, AirAsia memuat naik satu posting berbunyi "Dah 18 kali orang minta kami buat sale, tapi kali ke-19 ni kami tak ada kekuatan nak tolak. Memang aura dia...".

Posting itu bertujuan untuk mempromosikan jualan saat akhir penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Australia dan China bermula Selasa hingga 8 Disember ini.

AirAsia turut menggunakan punchline itu untuk mempromosikan jualan saat akhir mereka.

"Ya Allah @AirAsia menyempat kau bahan orang kan," kata Seokjinie.

"Dah 18 kali saya cuba nak RT post ni, kali ke-19 saya tak boleh tolak untuk RT. Aura dia yarabbi," tulis Capek.

Bukan itu sahaja, terbaharu, kata-kata tersebut turut dijadikan parodi pelawak Jihan Musa dan Bell Ngasri dalam rancangan Meletop pada Selasa malam.

"Dah 18 patung yang datang ke rumah saya ni untuk mendapatkan kasih sayang tapi awak sesuatu, awak istimewa kerana awak calon ke-19.

"Ada banyak ciri-ciri yang saya suka pada awak, jadi selamat datang ke rumah agam saya," kata Jihan dalam parodi itu.

Aksi Jihan dalam parodi Meletop pada malam Selasa.

Rata-rata netizen terhibur dengan lawak tersebut.

"Menganjing kau Jihan eh. Hahaha," tulis Lina.

Da'i Farhan , kahwin , isteri kedua , Kaabah

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain

Anda boros? Apa kata cuba 5 cara ini