Hormati perasaan isteri hamil sebelum diceraikan, walaupun hukumnya harus - Mufti - Viral | mStar

Hormati perasaan isteri hamil sebelum diceraikan, walaupun hukumnya harus - Mufti

Mufti Wilayah Persekutuan mengulas mengenai isu perceraian Da'i Farhan dengan isteri pertamanya.

BEBERAPA jam selepas kisah perceraian pendakwah bebas, Da'i Nik Farhan Nik Mohamad dengan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain Mat Aris tular di media sosial, isu itu mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan.

Menerusi satu posting di Twitternya, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri membuat perkongsian semula mengenai hukum menceraikan isteri ketika hamil dan juga cerai menggunakan aplikasi WhatsApp.

ARTIKEL BERKAITAN: “Abang ceraikan sayang dengan talak satu” - Da’i Farhan mengaku cerai isteri pertama tapi nafi lakukan kekerasan

ARTIKEL BERKAITAN: “Tuduhan nusyuz terlalu berat, jatuhkan maruah saya” - Isteri Da'i Farhan kesal dituduh derhaka sehingga diceraikan

ARTIKEL BERKAITAN:Tagline 18/19 Da'i Farhan cetus fenomena! Bukan saja gurauan, ramai ambil kesempatan promo produk

Kedua-dua hukuman itu pernah disiarkan dalam laman web mufti pada Disember tahun lalu.

Menurut Zulkifli, majoriti ulama setuju bahawa hukum menceraikan isteri sewaktu dalam keadaan hamil ialah harus, tidak haram dan tidak juga makruh. 

Posting berkaitan hukum perceraian yang dikongsi Zulkifli di Twitternya.

"Tapi suka juga kami ingatkan, seseorang isteri yang mengandung akan menghadapi keletihan dan tekanan perasaan memikirkan tentang kesempurnaan bayi kandungannya.

"Apabila berlaku perceraian, ia akan menambahkan lagi penderitaan dan kesusahan yang terpaksa ditanggung, sekaligus menjejaskan kesempurnaan bayi dan menganggu kesihatan si ibu.

"Seorang suami yang baik pastinya akan mengambil kira segala aspek dan melakukan semua ikhtiar sebelum melafazkan cerai terhadap isteri," katanya.

Mengenai perceraian menerusi WhatsApp pula, Zulkifli berkata talak akan jatuh jika dilafazkan suami kepada isteri sama ada secara jelas sekalipun tanpa niat dan juga secara kinayah (samar-samar) jika disertakan dengan niat.

"Tiada pengecualian di dalam syarak jika talak berkenaan disebutkan ketika waktu normal, bergaduh mahupun bergurau-senda. Ini berdasarkan sebuah hadith:

Da'i Farhan menceraikan isteri pertamanya menerusi rakaman suara pada aplikasi WhatsApp pada tengah hari Selasa.

"Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiga perkara yang dilakukan secara serius atau main-main memberi kesan; nikah, talak, dan rujuk.” [Riwayat Abu Daud (2194), al-Tirmidzi (1184) dan Ibnu Majah (2039)."

Jelasnya lagi, lafaz talak terbahagi kepada dua iaitu sarih (jelas) dan kinayah (samar-samar).

"Bagi lafaz sarih ada tiga perkataan yang jika disebutkan jatuhlah talak, perkataan tersebut ialah cerai, pisah dan lepas.

Seorang suami yang baik pastinya akan mengambil kira segala aspek dan melakukan semua ikhtiar sebelum melafazkan cerai terhadap isteri.

DR ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI.

Mufti Wilayah Persekutuan.

"Manakala lafaz kinayah adalah lafaz yang samar-samar. Sama ada jatuh atau tidak talak adalah bergantung kepada niat si suami," katanya.

Beliau berkata, lafaz cerai menerusi WhatsApp termasuk di bahagian kinayah, bertepatan dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-59.

"Talak dalam bentuk tulisan yang jelas daripada suami yang ditujukan kepada isterinya secara khusus seperti melalui faksimili, SMS, e-mel dan sebagainya merupakan talak secara kinayah dan ianya adalah sah sekiranya disertai dengan niat.

Da'i Farhan bernikah dengan isteri keduanya di Makkah (gambar kanan) tanpa pengetahuan bekas isteri pertamanya.

"Semua penceraian hendaklah dikemukakan kepada mahkamah syariah untuk mensabitkan talak tersebut. Talak yang dilakukan dengan menggunakan alat komunikasi moden adalah kaedah penceraian yang tidak menepati adab penceraian yang digariskan oleh syarak," katanya.

Sementara itu, Zulkifli turut berkongsi hukum isteri melarang suami berkahwin lain di Twitternya yang pernah dijelaskan pada 15 Oktober lalu.

"Hukum isteri melarang suaminya untuk berpoligami tidak berdosa, sekiranya dibuat atas dasar nasihat, Syura demi untuk mengelakkan daripada berlakunya kezaliman dan penindasan terhadap haknya.

"Kami mengambil kesempatan ini untuk menasihatkan masyarakat agar sentiasa mendidik wanita dengan keperibadian Muslimah dan menjaga hak-hak mereka daripada ditindas atau dilanggar," katanya.

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain