“Sayang, keluarlah lepak selama mana yang awak mahu…” Fuh! Sporting habis awek gini gerenti pakwe setia - Viral | mStar

“Sayang, keluarlah lepak selama mana yang awak mahu…” Fuh! Sporting habis awek gini gerenti pakwe setia

El tidak kisah sekiranya teman lelakinya suka keluar melepak. (Gambar Hiasan).

"UNTUNG semua dapat girlfriend macam Dania ni..." Demikian komen seorang netizen berhubung keterbukaan seorang gadis yang mengakui tidak kisah jika teman lelakinya suka keluar melepak bersama kawan.

Menurut Dania Elanor, dia cukup memahami teman lelakinya dan enggan menjadi pasangan yang terlalu mengongkong.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak payah tegur, kunci pintu rumah!” - Nah... Idea ‘kasar’ buat isteri yang tawar hati, buntu suami asyik lepak sampai pagi

ARTIKEL BERKAITAN: “Pukul 2 pagi saya tengok gambar dia dengan ‘perempuan’ tu” - Suami dapat habuan sakat isteri hamil 4 bulan

"Jadi kepada sayang saya, keluarlah lepak selama yang awak mahu. Awak masih muda dan saya tahu bagaimana pentingnya masa dengan kawan-kawan awak.

"Mereka banyak menyokong awak sebelum kehadiran saya. Jadi saya mahu awak nikmati masa bersama mereka, baby," tulisnya yang mesra disapa Dania atau El.

Perkongsian gadis berusia 19 tahun itu ternyata disokong ramai individu khususnya kaum adam sehingga ia menerima hampir 14,000 ulang kicau (Retweet).

Posting El yang tular di Twitter.

Bercakap kepada mStar, El mengakui dia sekadar memberi pandangannya sahaja dan berharap gadis di luar sana turut memberi ruang kepada teman lelaki mahupun suami masing-masing.

"Bagi saya tak ada masalah teman lelaki atau suami nak keluar lepak. Asalkan mereka faham tanggungjawab dan keutamaan.

"Dah besar, masing-masing pandai. Tahu apa yang patut dan tak patut. Yang penting saya tahu dia keluar ke mana dan dengan siapa.

"Saya tak suka halang, saya tahu hidup dia bukan fokus saya sahaja. Kawan-kawan dia pun penting," ujar El.

Ada yang kaitkan dengan isu keselamatan. Bahaya kalau suami tinggalkan isteri di rumah sendirian pada waktu malam.

DANIA ELANOR

Tambah pelajar sebuah Insitut Pengajian Tinggi Awam (Ipta) di Negeri Sembilan itu, pendiriannya tidak akan berubah biarpun dia sudah berumah tangga suatu hari nanti.

Namun, dia juga berharap bakal suaminya akan faham akan tanggungjawab serta risiko-risiko lain seandainya dia suka keluar malam.

"Boleh je nak keluar. Tapi janganlah setiap malam. Bila saya post di Twitter, ramai yang komen.

Kata El, dia enggan menyekat pergaulan teman lelakinya dengan rakan-rakan sehingga menjadi pasangan yang mengongkong. (Gambar Hiasan).

"Ada yang kaitkan dengan isu keselamatan. Bahaya kalau suami tinggalkan isteri di rumah sendirian pada waktu malam.

"Tapi kalau suami nak lepak dan ada masa sendiri, apa kata bawa anak keluar sekali. Isteri pun nak ada masa untuk diri sendiri juga," katanya lagi.

"Bagi saya tak ada isu. Kalau teman lelaki nak pergi lepak, call saya dulu untuk luangkan sedikit masa. InsyaAllah dia akan berubah selepas kahwin kalau dia faham tanggungjawab," katanya lagi.

Dalam pada itu, posting Fatin turut dihujani pelbagai komen netizen.

Antaranya, luahan beberapa lelaki mengenai teman wanita mereka yang bersikap suka mengongkong.

"Ya Allah seronoknya dapat gadis macam ni.

"Kan best kalau semua perempuan kepala macam ni.

"Saya harap ramai gadis berfikir seperti ini," tulis beberapa netizen.

Dania Elanor , lepak , teman lelaki , awek

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain