“Aku penatlah esok aku nak tidur“ - Bangun sahur awal, selera lain macam... rider ‘tutup mata’ selamanya selepas beli baju raya 4 adik

Adib yang baru tiga minggu bekerja sebagai rider penghantar makanan maut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah lori dekat Dengkil, Sepang, petang Sabtu lalu.

SEJAK kebelakangan ini, ramai rider penghantar makanan terbabit kemalangan ketika sedang bertugas sehingga ada yang menemui ajal.

Tragedi hitam itu turut menimpa Mohd Adib Andy Mohd Ali yang meninggal dunia selepas berlaku perlanggaran dengan sebuah lori dekat Dengkil, Sepang pada petang Sabtu lalu.

Mohd Adib Andy yang baru saja berkhidmat sebagai rider penghantar makanan kira-kira tiga minggu lalu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian tubuhnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tangan kena bom, rider kudung terpaksa panggil pelanggan angkat pesanan sendiri - “Macam mana you bawa motor?”

ARTIKEL BERKAITAN: Runner tersadai tepi highway dianiaya pelanggan wanita, order 10 barang kemudian block nombor telefon - “Saya sedekahkan kepada jiran”

Kisah pemergian pemuda berusia 21 tahun itu turut dikongsi ibu saudaranya, Siti Mariam Asri di Facebook sehingga menjadi tular.

Menurut Siti Mariam atau lebih mesra disapa Maksu Mariam oleh anak buahnya, pemergian Mohd Adib benar-benar memberi kesan kepada keluarga mereka terutama ibunya, Sadiah Abu Bakar.

Adib maut serta-merta di lokasi kejadian.

"Memang satu famili terkesan sebab tahun lepas kami turut kehilangan anak buah perempuan saya. Tahun sebelum tu pula abang saya yang meninggal.

"Kiranya dah empat tahun berturut-turut kami terima berita kematian pada bulan Ramadan. Itu yang buat kami semua terkejut.

"Tapi paling terkesan ibu Adib. Lagipun mereka berkongsi tarikh lahir yang sama dan baru je sambut bersama pada 25 April lalu," katanya kepada mStar.

Jelas wanita berusia 33 tahun itu, Adib merupakan seorang anak yang pendiam dan pemalu tetapi merupakan tulang belakang keluarga mereka.

"Dia antara anak buah saya yang paling pendiam dan pemalu, tak bercakap sangat. Tapi dia anak yang bertanggungjawab kepada keluarga dia.

"Dia dari habis sekolah dulu memang selalu buat kerja part time sebab dia tahu ayah dia struggle cari duit untuk keluarga. Apa-apa kerja pun dia tak kisah.

Adib (dua kiri) dan keluarga besarnya.

"Walaupun usia dia masih muda, kerja sekuriti pun dia tak kisah. Dia dah jadikan kerja tu sebagai satu tanggungjawab sebab dia nak tolong keluarga," katanya.

Maksu Mariam berkata Adib yang juga anak ketiga daripada tujuh beradik itu sempat membeli baju raya kepada adik-beradik sebelum terlibat kemalangan.

Tapi tiga hari sebelum tu dia bangun sahur awal. Bila ayah dia kejut pukul 4.30 pagi dia terus bangun, makan pun berselera dan sembang-sembang dengan keluarga.

SITI MARIAM ASRI

Ibu saudara

"Setiap tahun memang dia akan belikan baju raya untuk famili. Itu yang dia buat kerja partime FoodPanda sejak tiga minggu lalu.

"Dia dah pun belikan baju untuk adik-beradik dia cuma baju untuk ibu dia je belum pilih lagi. Baju dia pula, dia suruh adik bawah dia yang belikan.

"Adik dia (Airil) dah belikan untuk Adib tapi malangnya dia tak sempat pakai untuk raya kali ini," katanya.

Adib sering bekerja sambilan sejak habis sekolah untuk membantu keluarganya.

Dalam pada itu, Maksu Mariam turut menceritakan kelakuan pelik anak buahnya itu beberapa hari sebelum itu.

"Abang saya (ayah Adib) cerita, biasanya Adib balik kerja jam 2 pagi. Bila bangun sahur dialah orang paling last bangun.

"Tapi tiga hari sebelum tu dia bangun sahur awal. Bila ayah dia kejut pukul 4.30 pagi dia terus bangun, makan pun berselera dan sembang-sembang dengan keluarga.

"Kawan-kawan FoodPanda dia pun ada cerita Adib ada cakap ‘aku penatlah esok aku nak tidur’. Dia kata macam tu sehari sebelum hari kejadian," katanya.

Bagaimanapun, Maksu Mariam turut meluahkan rasa syukur kerana urusan pengebumian Abib dipermudahkan.

Jenazah Adib selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Presint 20, Putrajaya pada Isnin petang.

"Alhamdulillah pengebumian Adib pada petang Isnin dipermudahkan. Tak sangka ramai kawan dia datang sebab nak tengok jenazah buat kali terakhir.

"Famili dia pun terkejut tak sangka Adib ni ramai kawan. Ramai kawan beritahu dia jenis suka tolong kawan, baik dan tak suka cari fasal dengan orang lain," katanya.

Jenazah Adib selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Presint 20 Putrajaya kira-kira pukul 4 petang Isnin.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Adib, rider, FoodPanda, kemalangan, baju raya, sahur

Artikel Berkaitan

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain