suria

Tiga bulan 'tipu' isteri selepas dibuang kerja, suami pilih dedah perkara sebenar di radio - “Keluar macam biasa, ada baju salin dalam motor”

Seorang lelaki berkongsi kisah terpaksa menipu isterinya selepas dibuang kerja. Gambar hiasan.

TIDAK dinafikan, penularan pandemik Covid-19 sememangnya memberi kesan yang besar sehingga menyaksikan banyak syarikat mahupun organisasi terpaksa membuang sebahagian pekerja mereka.

Bagi individu yang kehilangan pekerjaan, sudah tentu situasi ini amat menyulitkan tambahan pula bagi mereka yang sudah berkeluarga ataupun mempunyai komitmen bulanan yang perlu dilunaskan.

Seorang lelaki turut tidak terkecuali merasai tempiasnya apabila dibuang kerja tanpa sebarang notis ketika kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa bulan lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ramai tak tahu benda ni...” - Pengasas syarikat dedah talian hayat bagi mereka yang hilang kerja, siap boleh claim hingga enam bulan!

ARTIKEL BERKAITAN: Hilang kerja masa PKP, pertemuan dengan jemaah Bangladesh di surau ubah hidup pemuda ini... rezeki menjemput selepas 2 hari

Menerusi Segmen Team Pagi Suria yang dikendalikan oleh deejay Issey Fazlisham, Fizi Ali dan Ajak Shiro, lelaki tersebut berkongsi cerita bahawa dia terpaksa menyembunyikan perkara tersebut daripada pengetahuan isterinya kerana berasa serba salah dan tidak sampai hati.

Lelaki itu mendedahkan, dia terpaksa berpura-pura pergi ke tempat kerja seperti biasa setiap pagi, sedangkan hakikatnya dia melakukan pekerjaan lain.



Pemanggil lelaki berkenaan berkongsi cerita menerusi segmen Team Pagi Suria, pada Selasa.

"Saya baru lepas kena buang kerja. Saya dibuang kerja tanpa sebarang notis, sebab MCO (Perintah Kawalan Pergerakan). Saya dah berkahwin. Saya tak beritahu isteri yang saya dibuang kerja.

"Setiap kali pagi-pagi bila saya keluar pergi kerja, saya keluar macam biasa... naik motor tapi saya tak beritahu saya dibuang kerja. Sebab saya rasa serba salah, tak sampai hati beritahu. Saya tahu semua orang struggle cari kerja.

"Saya cari kerja tak kisah kerja apa pun... saya keluar pakai baju macam biasa tapi sebenarnya ada baju salin dalam motor," kata pemanggil lelaki itu.

Katanya, dia melakukan pekerjaan harian biasa namun dalam masa yang sama dia berusaha keras mencari pekerjaan lain.

Rutin tersebut dilakukannya selama tiga bulan, sebelum dia akhirnya mendapat panggilan temuduga kerja baharu.



Kisah pemanggil lelaki tersebut turut tular di Twitter selepas dimuat naik oleh seorang pelayar.

"Alhamdulillah, nak dijadikan cerita saya dapat interview. Dapat interview, saya beritahu isteri. Tapi yang dibuang kerja saya tak beritahu.

"Alhamdulillah, saya dapat kerja dan dah mula kerja baru 14 September lalu," ceritanya.

Dia dalam masa yang sama menasihatkan mana-mana individu yang pernah berada di dalam situasi yang sama agar tidak berputus asa.

Setiap kali pagi-pagi bila saya keluar pergi kerja, saya keluar macam biasa... naik motor tapi saya tak beritahu saya dibuang kerja. Sebab saya rasa serba salah, tak sampai hati beritahu. Saya tahu semua orang struggle cari kerja.

PEMANGGIL / SUAMI

"Saya cuma nak nasihatkan siapa-siapa yang dibuang kerja atau masih cari kerja, percaya dengan diri sendiri. Allah tolong kita, jangan putus asa," ujarnya sebelum panggilan telefon berakhir.

Kisah lelaki tersebut turut menjadi tular di Twitter apabila ia dimuat naik di laman sosial tersebut oleh seorang pelayar.



Menurut pemanggil berkenaan, selain tidak berputus asa, dia turut meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah. Gambar hiasan

"Tadi dengar Suria FM. Ada caller cerita dia kena buang kerja tapi tak sampai hati nak bagitau wife dia. So dia buat-buat pergi kerja pakai baju kerja tapi sebenarnya dia bawa baju spare.

"Sambil dia buat kerja-kerja part time, sambil dia cari kerja. Tiga bulan juga dia buat macam tu," tulis pelayar tersebut.

Perkongsian itu meraih sehingga melebihi 39,000 retweet selain turut dibanjiri dengan komen neizen yang rata-ratanya tersentuh dengan kegigihan dan ketabahan lelaki berkenaan.



Antara komen netizen yang turut sama berkongsi cerita masing-masing.

"Baiknya suami dia tak nak bagi isteri dia susah hati," komen seorang netizen.

"Saya sah kehilangan pekerjaan pada 18 September. Berat rasa hati nak bagitau ahli keluarga sebab kita tau kita ni tiang keluarga. So, saya boleh relate dengan bro tu," komen netizen lain pula.

"Susah nak jumpa husband macam ni. Dia sakit sorang-sorang sebab taknak orang lain terkesan. Sabarnya suami dia," komen seorang netizen lain pula.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
tipu isteri, buang kerja, PKP, Suria FM, gigih

Artikel Lain