Dulu cekik angsa, kini hisap susu kucing pula... jejaka ini buat hal lagi dengan haiwan - “Punyalah nak glamor” - Viral | mStar

Dulu cekik angsa, kini hisap susu kucing pula... jejaka ini buat hal lagi dengan haiwan - “Punyalah nak glamor”

Foto yang dikongsi Azim tular di Twitter.

SEKADAR berjenaka, namun ada pula yang salah faham dan beranggapan buruk terhadap jejaka ini.

Ia susulan tindakannya memuatnaik foto seolah-olah sedang minum susu seekor ibu kucing bersama lima ekor anak kucing yang lain.

Bercerita kepada mStar, Muhammad Azim Nazhan Mohd Nazir mengakui ada menerima komen negatif selepas penularan gambar tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak macho, sekali kena sakat habis kantoi... pelajar akui sedikit malu sebab takut kucing - “Saya pernah ada pengalaman buruk”

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia anak saya, bukan kucing saya” - ‘Darah manis’ don't care, pengantin sanggup tanggung risiko selamatkan ‘gemuk’ buat hal

Namun katanya, dia masih waras untuk melakukan tindakan seperti itu dan apa yang dipaparkan hanyalah satu lakonan sahaja.

"Itu kucing kawan saya, baru beranak lima ekor. Saya tulis di Twitter, kalau dapat 28 retweet (ulang kicau) saya akan hisap susu kucing.

"Bila dah melebihi jumlah retweet tu, saya buat la. Tapi saya bergurau sahaja. Bukannya buat betul-betul. Di mulut tu saya letak susu kotak je.

Posting di Twitter Azim mengenai cabaran 'retweet' tersebut.

"Yang bukan followers saya, mereka fikir saya betul-betul buat. Ada yang kata, 'punyalah nak glamor sampai sanggup hisap t*t*k kucing'," ujarnya yang mesra disapa Azim.

Baru berusia 21 tahun, dia hanya menganggap komen-komen negatif yang diterima sebagai satu perkara yang melucukan dan langsung tidak berkecil hati mengenai hal itu.

Malah katanya, ini bukanlah kali pertama dia dikecam akibat membuat posting mengenai haiwan di media sosial.

Ada yang siap mention Perhilitan dan Peta. Tapi saya OK je. Saya dah jelaskan dalam Twitter. Lepas tu baru mereka sedar.

MUHAMMAD NAZIM AZHAN MOHD NAZIR

JURUGAMBAR

Lebih parah, insiden melucukan pada tahun lalu turut menyebabkan beberapa individu membuat pautan kepada akaun media sosial Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta organisasi People for Ethical Treatment of Animal (Peta), kononnya dia melakukan penderaan haiwan.

"Sebelum ni saya pernah post gambar cekik angsa. Saya hanya letak tangan di leher angsa, bukan cekik betul-betul. Tapi ramai juga yang salah faham.

Azim tidak ambil hati mengenai komen netizen yang salah sangka terhadap dirinya.

"Ada yang siap mention Perhilitan dan Peta. Tapi saya OK je. Saya dah jelaskan dalam Twitter. Lepas tu baru mereka sedar," ujarnya yang kini bekerja sebagai jurugambar sementara menunggu tawaran melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah.

Sehingga kini, posting mengenai susu kucing itu menerima lebih 6,000 ulang kicau di laman Twitter milik Azim.

Malah, ramai netizen meninggalkan komen dan turut berjenaka serta memberikan pendapat mengenai foto itu.

Dia sebelum ini pernah dikecam gara-gara foto cekik angsa.

"Maksudnya kucing tu dah jadi ibu susuan kau la. Maksudnya kau dah jadi adik beradik kucinglah.

"Sedap tak? Apa rasa dia sebab aku pun curious selama ni?

"Susu kucing adalah najis. Kucing memang binatang yang suci tapi dagingnya tidak boleh dimakan, jadi susu dari kucing adalah najis," tulis beberapa netizen.

 

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain