SERAMAI 20 pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) disahkan terbabit secara langsung dalam aktiviti tidak bermoral yang dikaitkan dengan budaya 'Yeye'.Menerusi satu kenyataan pada Sabtu, Panglima Tentera Udara, Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris memaklumkan bahawa pihaknya akan mengambil tindakan tegas tanpa sebarang kompromi terhadap pegawai terbabit. Jelasnya, pihak TUDM memandang serius sebarang pelanggaran terhadap perintah, arahan dan peraturan yang ditetapkan.ARTIKEL BERKAITAN: Video disyaki anggota dan pegawai ATM berparti ditemani ‘Yeye’ tular, Mindef arah siasatan segeraTambah Norazlan, TUDM akan memastikan semua 20 pegawainya dibicarakan serta adil mengikut lunas dan peruntukan perundangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).Pada 5 Januari lalu, Kementerian Pertahanan (Mindef) mengarahkan ATM menjalankan siasatan dalaman susulan dakwaan kemasukan individu tidak berkaitan serta aktiviti tidak bermoral di dalam sebuah kem tentera seperti yang dipaparkan dalam hantaran tular di media sosial.Sebelum itu beberapa video dan gambar tular yang memaparkan kegiatan tidak bermoral termasuk mesej perbualan seorang individu dipercayai orang awam yang didakwa dibawa masuk ke kem tentera berkenaan.