suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Proses pemulihan Tun M ambil masa lama, pakar putuskan fisioterapi tanpa pembedahan pilihan terbaik

Tun M menjalani rawatan fisioterapi tanpa pembedahan selepas patah tulang pinggul.

PROSES pemulihan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang patah tulang pinggul dijangka mengambil masa lama berikutan faktor usia.

Menurut pegawai Pejabat Tun Dr. Mahathir Mohamad, Sufi Yusoff, rawatan yang diputuskan untuknya adalah secara fisioterapi tanpa pembedahan.

"Setelah berbincang dengan doktor-doktor pakar Institut Jantung Negara (IJN), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HUKM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL), diputuskan bahawa rawatan fisioterapi tanpa pembedahan adalah pilihan yang terbaik baginya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M patah pinggul selepas terjatuh, perlukan rawatan dan pemerhatian doktor

"Mengambil kira faktor usia Dr Mahathir juga, proses pemulihan ini akan memakan jangka masa yang agak lama," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Dalam tempoh ini, Dr Mahathir juga tidak dibenarkan menerima pelawat kecuali ahli keluarga terdekat sahaja.

Menurut kenyataan itu lagi, Dr Mahathir dan keluarga turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraannya.

Untuk rekod, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN sekitar pukul 9.30 pagi pada 6 januari akibat terjatuh di kediamannya.

Artikel Lain