LULUH hati para ibu dan bapa apabila mengetahui anak yang dihantar ke rumah pengasuh mengalami kecederaan.Begitu juga situasi dialami wanita ini yang mendapati terdapat kecederaan di wajah anak perempuannya seolah-olah dipukul dengan penyangkut baju. Bagi mendapatkan kepastian, dia berkongsi foto anak sambil mengajukan soalan kepada warga maya."Saya nak tanya, agak-agak kesan di muka anak saya disebabkan apa ya?" soalnya di Thread.Menurut wanita ini, kesan berbirat pada wajah anaknya berlaku ketika kanak-kanak itu berada di bawah jagaan pengasuh.ARTIKEL BERKAITAN: Tampar, campak, pijak! Pengasuh ditahan bantu siasatan kes dera bayi di taskaNamun pengasuh memaklumkan anaknya terjatuh dari katil kayu yang telah rosak dan mukanya tercedera."Dah pergi klinik untuk buat pemeriksaan dan doktor suruh pantau."Kata pengasuh, anak saya ni jatuh dekat katil kayu yang sudah rosak... tapi apabila tengok kesannya, macam kesan birat hanger," tambahnya.Pada masa sama, dia turut berkongsi gambar bahagian tepi penyangkut baju pada kesan kecederaan tersebut.Berdasarkan gambar yang dikongsikan, kesan kecederaan tersebut hampir sepadan dengan bentuk penyangkut baju berkenaan.Antara reaksi warga maya.Malah, ukurannya juga kelihatan sama selain terdapat kesan merah pada bahagian telinga anaknya.Menjengah ke ruangan komen, ramai yang beranggapan kecederaan tersebut berpunca daripada penyangkut baju.Namun tidak kurang juga yang menyatakan ia kemungkinan kesan daripada serangga 'charlie'."Jelas bentuk hanger, ya Allah pengasuh... kenapa tergamak ya? Dekat muka pula tu."Kalau kena 'charlie', merah dia akan berselerak dan tidak terbentuk macam objek, ni sah-sah bentuk hanger."Kena dera! Kesan pada pipi dan cuping telinga adalah kawasan kesan dera. Tunggu apa lagi mom? Buat laporan polis dan soal siasat pengasuh biar sampai terkencing jawab," demikian antara reaksi netizen.