suria

[V] Pembantu rumah larikan diri bersama barang kemas majikan, tinggalkan 2 anak kecil - "Ada orang ambil dan tunggu dia"

Pembantu rumah tersebut dilihat keluar bersama bagasi.

 

RAKAMAN tular seorang individu dipercayai pembantu rumah warga Indonesia yang melarikan diri dan meninggalkan dua anak kecil tanpa pengawasan mengundang rasa marah warga maya.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bertarikh 7 Januari yang dikongsikan, wanita tersebut membawa sebuah bagasi berwarna merah jambu ketika keluar pada pukul 11 pagi.

Pada masa sama, seorang kanak-kanak kecil berada di hadapan rak televisyen sedang memerhatikan gelagatnya.

 

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau jumpa saya pijak leher dia!” - Che Ta geram pembantu rumah adik lari, Zaquan tangkap bibik sedang tidur biar ibu memasak di dapur

Manakala seorang lagi sedang terbaring di atas sofa di ruang tamu.

Menurut pemilik video TikTok artisdumai1, tindakan pembantu rumah tersebut [Tonton Video] membuatkan salah seorang kanak-kanak terbabit menangis selama satu jam.

"Kejam-sekejamnya!! Meninggalkan dua anak kecil. Seorang demam, terlantar atas kerusi, seorang lagi menangis satu jam selepas dibiarkan," ujarnya.

Warga maya meluahkan rasa marah.

Warga maya meluahkan rasa marah.

Lebih mengejutkan apabila, dia membiarkan pintu rumah tidak berkunci sekali gus mendedahkan kanak-kanak berkenaan kepada bahaya.

Malah pembantu rumah dari Riau yang dikenali sebagai Dewi Muliyana itu didakwa mencuri barang kemas milik majikannya.

"Ada orang yang ambil dan tunggu dia di luar rumah. Mencuri barang emas majikan," tambahnya sambil menawarkan hadiah berupa wang tunai kepada sesiapa yang menjumpai Dewi.

Menurut pemilik video, wanita berusia 24 tahun itu dilihat kali terakhir di Putrajaya dan baru sebulan bekerja dengan majikannya.

Di ruangan komen warga maya meluahkan rasa mara selain berkongsi pengalaman ngeri masing-masing ketika menggajikan pembantu rumah warga asing.

"Sebab perkara macam inilah saya sanggup tinggalkan kerjaya saya sendiri demi keluarga tercinta, jadi suri rumah sepanjang masa lebih membahagiakan.

"Kerja orang gaji ni tiket mereka nak masuk Malaysia je. Lepas tu cabut cari kerja lain.

"Kejamnya tinggalkan baby dekat situ.Jika terjadi apa-apa mereka tak dapat selamatkan diri," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain