suria

Perompak paksa gadis 19 tahun lakukan aksi tidak senonoh dalam kereta... Bawa lari MyKad dan telefon lepas selesai angkara!

Seorang gadis dipaksa melakukan perbuatan tidak senonoh sebelum menjadi mangsa rompakan. -Gambar hiasan AI

SEORANG gadis mendakwa menjadi mangsa rompakan sebelum dipaksa melakukan aksi tidak senonoh oleh individu lelaki di Taman Ayer Panas, Setapak, Kuala Lumpur pada Selasa malam.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 11.30 malam ketika mangsa berumur 19 tahun itu bersama teman lelakinya berusia 27 tahun.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada Rabu, sekitar pukul 6.23 petang.

Menurutnya, insiden bermula apabila mangsa dan teman lelakinya didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang menuduh mereka melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam sebuah kereta.

"Suspek mengambil kad pengenalan mangsa dan teman lelakinya sebelum memaksa mangsa melakukan perbuatan tidak senonoh dengan suspek," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Lazim memaklumkan, suspek kemudian melarikan diri dari lokasi kejadian dengan membawa telefon bimbit milik mangsa dan teman lelakinya.

Susulan laporan itu, pihak polis menahan seorang lelaki berusia 24 tahun di Kota Damansara, Selangor pada Khamis.

Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula 8 Januari hingga 14 Januari bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan perbuatan tidak senonoh secara paksaan.

Lazim turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan. -The Star

Artikel Lain