suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPRM sita 23 utas jam Rolex bernilai lebih RM2.2 juta di rumah isteri kedua bekas PTD... Tersimpan dalam 2 bagasi

Bekas PTD dan dua isterinya ditahan reman bermula 7 Januari. -Foto Bernama

ASET mewah termasuk 23 utas jam tangan jenama Rolex bernilai lebih RM2.2 juta yang dipercayai milik isteri kedua bekas Panglima Tentera Darat (PTD) disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Sabtu.

Menurut sumber, hasil penggeledahan di sebuah kediaman di Pantai Timur menemukan dua buah beg pakaian yang dipercayai digunakan untuk menyimpan barangan berkenaan.

"Pemeriksaan awal menjumpai 23 utas jam tangan Rolex pelbagai model dengan anggaran nilai pasaran semasa kira-kira RM2 juta," kata sumber itu.

Sumber sama menambah, SPRM turut merampas beberapa utas barang kemas milik seorang individu yang dipercayai bersekongkol, dianggarkan bernilai sekitar RM225,000.

Perkara itu disahkan Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus kepada media.

Terdahulu, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan dua isterinya direman berkait siasatan projek perolehan tender tentera darat.

Pegawai tertinggi tentera itu direman selama tujuh hari, manakala isteri pertama suspek selama tiga hari iaitu sehingga 10 Januari manakala isteri kedua pula selama enam hari sehingga 13 Januari ini. -The Star

Artikel Lain