suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lima tersepit kemalangan bas ekspres, lori… Trafik sesak teruk

Bomba mengesahkan empat penumpang bas terlibat masih tersepit.

EMPAT daripada 42 penumpang tersepit selepas bas yang dinaiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 1.0 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran Gombak, Selangor pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan insiden itu pada pukul 5.24 pagi.

"Seramai lapan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dikerahkan ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 21 kilometer.

"Jentera bomba tiba di lokasi pada pukul 5.51 pagi, mendapati kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dengan lori," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Ahmad Mukhlis berkata, terdapat lima mangsa tersepit, membabitkan empat penumpang bas dan seorang pemandu lori.

"Bas berkenaan membawa 42 penumpang termasuk dua pemandu, yang mana 38 penumpang berjaya keluar dalam keadaan selamat," katanya.

Beliau berkata, empat penumpang bas tersepit, namun tiga daripada mereka berjaya dikeluarkan, manakala seorang lagi masih tersepit ketika ini.

"Pemandu lori juga sudah berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat, operasi masih diteruskan bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam bas dengan menggunakan peralatan khas," katanya.

Dalam pada itu, Plus Trafik memaklumkan aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan (arah Selatan) dilaporkan sesak teruk sepanjang lima kilometer akibat kemalangan tersebut.

"Setakat pukul 7.56 pagi tadi, semua lorong dilaporkan terhalang oleh bas dan lori tersebut menyebabkan trafik tidak bergerak.

"Lorong kanan dan tengah arah utara ditutup. Trafik perlahan dua kilometer," ujarnya.

Artikel Lain