suria

Nampak macho, sekali kena sakat habis kantoi... pelajar akui sedikit malu sebab takut kucing - “Saya pernah ada pengalaman buruk”

Video gelagat Mirul ketika disakat rakannya yang tular di Twitter.

SETIAP individu pasti mempunyai ketakutan cuma ia berbeza-beza.

Ada yang takut akan tempat tingi, ada pula yang takut tidur dalam gelap dan sebagainya.

Namun, agak 'rare' sebenarnya untuk melihat kaum lelaki takut kepada kucing yang mana haiwan itu cukup dikenali dengan sifat manja dan comelnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bagi kucing makan hari ini, esok dapat 2 tawaran kerja… Jejaka ini sungguh terkejut!

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia anak saya, bukan kucing saya” - ‘Darah manis’ don't care, pengantin sanggup tanggung risiko selamatkan ‘gemuk’ buat hal

Di Twitter, tular video seorang pelajar lelaki berusia 19 tahun, Muhammad Amirul Afiq Mohamad Yusof yang ketakutan akibat disakat oleh rakannya yang memegang seekor kucing.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Mirul mendedahkan ada sejarah tersendiri yang menyebabkan dia takut kepada haiwan itu sejak berada di bangku sekolah lagi.

Video melibatkan kumpulan pelajar itu yang tular di Twitter.

"Masa kecil dulu, saya tak ingat sekolah tahun berapa, saya pernah ada pengalaman buruk dengan kucing.

"Masa tu tengah makan bersama keluarga di restoran, ada kucing melompat dan 'hinggap' atas badan saya sampai tumpah air dalam gelas dan pinggan makanan.

"Saya rasa sejak tu kot saya takut dengan kucing. Saya OK je kalau kucing lalu kat tepi, tapi rasa tak boleh kalau orang pegang dan nak campak pada saya," ujarnya.

Menurut Mirul lagi, dia juga tidak menyangka video tersebut menerima hampir 200,000 tontonan menerusi laman Twitter.

Mirul merupakan kawan lelaki saya yang keempat yang takut kepada kucing.

SYAHMI DANIAL EDDYSON

PELAJAR

Biarpun sedikit malu, Mirul berkata ia seolah-olah membuka mata orang di luar sana bahawa sebenarnya wujud lelaki yang takut kepada kucing.

Rakannya yang menjadi tukang sakat dalam video berkenaan turut mengakui hal sama.

Menurut Syahmi Danial Eddyson, 19, Mirul bukanlah satu-satunya rakan lelakinya yang takut akan haiwan comel itu.

"Pada tahun lepas, Mirul lepak bilik saya. Tiba-tiba ada kucing melompat, masa tu baru tahu dia takut kucing.

Iskandar (dari kiri) diikuti Syahmi dan Mirul merupakan penuntut Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah.

"Pada Sabtu lepas, kami saja sakat dia selepas balik pasar malam. Kucing tu memang selalu ada kat asrama kami.

"Tapi sebenarnya tak pelik pun lelaki takut kucing. Mirul merupakan kawan lelaki saya yang keempat yang takut kepada kucing," ujar Syahmi lagi.

Dalam pada itu, video yang ditularkan di Twitter oleh rakan mereka berdua, Daniel Iskandar Mohd Hashim sehingga kini menerima lebih 8,000 ulang kicau (Retweet).

Kucing yang selalu berkeliaran di asrama mereka.

Mereka merupakan penuntut Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang yang sama-sama menginap di asrama insitusi itu.

Rata-rata netizen turut meninggalkan komen berhubung perkongsian video itu yang mana mereka mengakui terhibur melihat gelagat Mirul kena sakat.

Dalam video berdurasi 45 saat itu, Mirul yang sedang memegang sebungkus roti john bersama segelas air kelihatan ketakutan akibat disakat rakannya yang memegang seekor kucing.

Lebih menghiburkan, air dalam gelas yang dipegang Mirul juga tertumpah sedikit gara-gara ketakutan.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain