suria

“Datuk Seri Vida ke ni?” - Tercegat dalam petak parkir, ramai minta ‘makcik cop parking’ diberi pengajaran

TAHUN 2020 pun ada orang buat macam ni lagi ke?

Demikian soal seorang netizen berhubung kes cop parking melibatkan seorang wanita yang kini tular di laman sosial.

Menerusi perkongsian di Twitter @AkuTweetFakta, pengendali akaun tersebut memuatnaik dua foto memaparkan seorang wanita bertudung sedang berdiri dalam ruang tempat letak kereta, dipercayai dalam sebuah pusat beli-belah.

ARTIKEL BERKAITAN: Cop parking! Lelaki ini anggap anak-anaknya ada rezeki berdepan golongan ‘cacat mental’, “Laju-laju dia keluar berdiri kat kotak”

ARTIKEL BERKAITAN: Seram! 'Suspek' warga emas cop parking guna batu nisan, “Kali pertama tengok terkejut, lepas tu rasa marah pun ada”

"Kak tak baiklah buat macam tu. Parking tu bukan bapak kau punya," tulisnya di Twitter.

Sehingga kini, posting yang dimuatnaik pada Sabtu itu menerima lebih 2,300 ulang kicau (Retweet).

Posting yang kini sedang tular di Twitter.

Selain kecaman netizen, ramai yang turut memberi cadangan untuk mengatasi masalah tersebut.

"Pernah tengok cara nak atasi orang yang buat macam ni. Tekan minyak dan pura-pura nak langgar dia, confirm dia akan ketepi.

"Kalau dapat kat aku, lama dah aku masuk je. Reti la dia ke tepi. Kalau tak juga, my car is definitely stronger than her body. She will move.

"Mesti kelakar kalau tekan minyak. Nak tengok dia gelabah nak lari," tulis beberapa netizen secara berseloroh.

Di bawah Seksyen 119, penalti untuk kesalahan ini adalah denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga 6 bulan.

POLIS DIRAJA MALAYSIA

Selain perbuatan wanita itu yang dianggap tidak bertamadun, beberapa netizen turut berjenaka apabila menyifatkan pelaku itu memiliki wajah hampir sama dengan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV).

"Aku nampak Datuk Seri Vida. Living La Vida.

"Datuk Vida ke ni?

"Aku ingat Datuk Vida," tulis seorang lagi netizen.

Dalam pada itu, kes ini bukanlah kejadian pertama seumpamanya dilaporkan dan tular di media sosial.

Malah, kes cop parking juga pernah beberapa kali disiarkan menerusi mStar.

Segelintir netizen turut berjenaka apabila menyamakan wajah pelaku yang tular dengan Datuk Seri Vida.

Menerusi laporan mStar pada 21 September 2018, mana-mana individu yang bertindak sedemikian boleh didenda sehingga RM2,000 atau enam bulan penjara.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memuatnaik kenyataan di Facebook bahawa kesalahan untuk meletakkan seseorang di ruang parkir dengan tujuan menghalang kenderaaan lain diletakkan di ruang tersebut adalah melanggar undang-undang.

"Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah mengarahkan mana-mana pemandu meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Di bawah Seksyen 119, penalti untuk kesalahan ini adalah denda sehingga RM2,000 atau sehingga 6 bulan penjara.

"Jumlah penalti serta tempoh hukuman penjara akan menjadi lebih bagi kesalahan berikutnya," menurut posting tersebut.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
cop parking, PDRM, Datuk Seri Vida