Pemandu bas, cleaner usir warga emas terkencing... bakal nurse cuba tolong tapi tak mudah! - “Aunty tu sanggup bilas seluar dan memakainya semula” - Viral | mStar

Pemandu bas, cleaner usir warga emas terkencing... bakal nurse cuba tolong tapi tak mudah! - “Aunty tu sanggup bilas seluar dan memakainya semula”

Seorang wanita warga emas yang dihalau keluar dari bas kerana terkencing dalam seluar bernasib baik dipertemukan dengan seorang wanita muda yang baik hati. -foto FB Lucia Pier

TAK semua insan dapat memahami penderitaan atau kesusahan orang lain, jika tidak, kisah menyayat hati ini tidak akan berlaku!

Segalanya bermula apabila seorang wanita bernama Lucia terlihat seorang 'aunty' yang terkencing dalam seluar dihalau oleh pemandu bas.

Menurut perkongsian Lucia Pier di Facebook, kejadian berlaku dia stesen MRT Taman Mutiara pada jam 3.10 petang, ketika dia mahu pulang ke rumahnya, Khamis lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakcik tua terkencing dalam seluar tiada yang bantu, suami isteri tolong hantar ke LRT – “Memang kuat bau hancing dalam kereta tapi...”

Di atas bas, dia mendakwa melihat beberapa pemandu bas yang dinaiki sedang mengusir 'aunty' tersebut yang seluarnya basah dengan air kencing dan berbau.

"Mereka tak mahu bau itu mengganggu penumpang lain sepanjang perjalanan. Dia (aunty) cuba minta mereka benarkan dia naik bas itu tapi mereka (pemandu) tetap menyuruhnya keluar," tulis Lucia.

Posting Lucia tular di media sosial dan setakat ini mendapat lebih dari 2,800 perkongsian dan 134 komen.

Menurut Lucia, dia pada mulanya ragu-ragu sama ada mahu membantu atau tidak tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk turun dari bas dan mengikut wanita tua itu.

"Saya mengekorinya dan beritahu saya boleh tolong," katanya.

Menurut Lucia 'aunty' tersebut yang dilihat berjalan menggunakan tongkat hidup sebatang kara dan tiada siapa yang boleh dihubungi untuk membantunya.

Pada masa kejadian, dia baru pulang dari membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dalam keadaan tidak berdaya. Dia memakai kaki palsu di sebelah kiri selain mempunyai masalah penglihatan dan kegagalan buah pinggang.

Saya faham bila kamu dalam dilema untuk membantu kerana saya juga pernah melaluinya memandangkan kita hidup dalam masyarakat yang mana tindakan menolong orang lain dianggap pelik.

NETIZEN

Bagaimanapun niat baik Lucia untuk membantu tidak semudah yang diharapkan.

"Saya membantunya ke tandas OKU di stesen MRT. Semasa saya masuk ke tandas, saya lihat paip di sinki tak berfungsi, begitu juga pintu.

"Memang sangat mencabar kerana hanya ada satu sumber air yang boleh digunakan dan pintu tak boleh dikunci.

"Aunty itu pula sanggup membilas seluarnya dan memakainya semula. Saya sangat kasihan melihatnya, saya biarkan saja dia membersihkan dirinya dan berlari ke pusat beli-belah terdekat dan membeli seluar baharu dan tuala muka untuknya," tulisnya lagi.

Sebaik tiba di tandas OKU tersebut, dia nampak tukang cuci seperti tidak puas hati kerana tandas itu basah dan berbau selain menyuruh 'aunty' itu keluar.

Bagaimanapun Lucia memberitahu tukang cuci tersebut bahawa dia mahu membantu wanita tua itu membersihkan dirinya.

"Aunty rasa bersalah tapi saya menenangkannya. Selepas tolong dia tukar pakaian saya suruh dia tunggu di luar tandas dan saya cuci tandas itu dengan pencuci tandas.

"Kemudian saya teman aunty tu naik bas," katanya.

Lucia sempat membelikan seluar baharu untuk aunty ini. -foto FB Lucia Pier

Sebagai pelajar bidang kejururawatan dan pengguna pengangkutan awam, Lucia berkata dia dapat melihat ramai warga emas menggunakan perkhidmatan yang sama untuk berulang-alik ke hospital kerana ia merupakan pengangkutan awam dengan tambang yang paling murah.

Bagaimanapun cara ini juga memerlukan mereka banyak berjalan dan menunggu dalam cuaca tidak menentu.

"Kepada perkhidmatan pengangkutan awam (RAPIDKL), saya harap anda akan mengambil tindakan memperbaiki kemudahan warga emas, supaya mereka dapat menggunakannya dengan selesa.

"Kepada pemandu bas, tukang cuci dan pengguna pengangkutan awam, saya harap anda peka terhadap warga tua apabila mereka berada dalam keadaan sukar," katanya.

Dalam pada itu di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Lucia.

"Terima kasih atas jasa kamu. Saya faham bila kamu dalam dilema untuk membantu kerana saya juga pernah melaluinya memandangkan kita hidup dalam masyarakat yang mana tindakan menolong orang lain dianggap pelik.

"Tetapi tak kira apa pun, kebaikan kamu dapat mempengaruhi lebih ramai orang untuk menjadi seperti kamu dan menjadikan dunia ini sebagai tempat yang lebih baik. Semoga tuhan memberkati kamu," tulis Athmas Thum.

OKU , warga emas , kemudahan , tandas , MRT , rosak

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain