suria

Lelaki ini rembat beg tangan dalam surau sampai terlanggar kipas, wanita rugi hampir RM20,000 - “Mak saya dah nampak lelaki tu masuk”

Lieza (kiri) tidak menyangka beg tangan ibunya (tengah) dicuri di dalam surau.

"MAK saya trauma dah nak solat kat situ." 

Demikian pengalaman seorang wanita yang kehilangan beg tangan, telefon bimbit, barang kemas dan barangan berharga lain ketika sedang mengambil wuduk di surau Bangunan Worldwide, Sekyen 13, Shah Alam pada Rabu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi curi ayam untuk anak, tiada budi bicara untuk ibu tunggal... mujur ada insan ‘standby’ nak bantu - “Salah tetap salah, RM2,000 untuk belanja”

Perkongsian oleh salah seorang anaknya, Aida, mengenai kes itu tular di laman sosial apabila dia memuatnaik foto yang diambil daripada paparan CCTV menunjukkan wajah pemuda yang mencuri barangan ibunya.  

Aida turut memuatnaik video rakaman CCTV yang menyaksikan pencuri berkenaan terlanggar kipas selepas melakukan perbuatan kejinya itu.

Sehingga kini, posting itu meraih lebih dari 3,300 ulang kicau dan 1000 tanda suka di Twitter. 

Perkongsian pengguna Twiter mengenai identiti pencuri kepada beg tangan ibunya yang dirakam menerusi rakaman CCTV .

Ketika dihubungi mStar, kakak kepada Aida, Lieza Kowangit memaklumkan bahawa pencuri tersebut masih lagi diburu dan kes kecurian itu masih lagi di bawah siasatan polis. 

Menurut Lieza, ibunya menyedari kehadiran pemuda tersebut ke surau, namun tidak bersangka buruk kerana menganggap lelaki itu datang untuk beribadat.

Kata ibu Lieza lagi, lelaki itu berjaya masuk ke surau perempuan kerana ruangan solat lelaki dan perempuan hanya dipisahkan oleh langsir. 

"Setakat ni, saya cuma boleh viralkan saja muka pemuda tersebut. Sekurang-kurangnya orang-orang kat luar sana tu aware dan tak senasib dengan ibu saya. Kes berlaku kira-kira pukul 7.50 pagi, waktu tu mak saya nak solat Dhuha. Dia pergi ambil wuduk sekejap. Tiba-tiba dia terdengar bunyi kipas jatuh, bila tengok je beg tangan dia dah hilang.  

"Saya nak cakap banyak pun tak boleh sebab pencuri tu masih belum diberkas, kes pun dalam siasatan polis. Yang saya tahu, mak saya dah nampak lelaki tu masuk surau. Tapi dia tak fikir apalah, sebab dia ingatkan lelaki tu datang nak solat. 

Saya nak cakap banyak pun tak boleh sebab pencuri tu masih belum diberkas, kes pun dalam siasatan polis. Yang saya tahu, mak saya dah nampak dah lelaki tu masuk surau. Tapi dia tak fikir apalah, sebab dia ingatkan lelaki tu datang surau nak solat.

LIEZA KOWANGIT 

Dalam pada itu, wanita berusia 32 tahun ini memberitahu bahawa ibunya kehilangan empat bentuk cincin emas dan beberapa utas gelang dan rantai emas, selain telefon bimbit berserta wang tunai. 

Tambah Lieza, kos kerugian yang terpaksa ditanggung oleh ibunya selepas kes kecurian itu bernilai sekitar RM18,900.

"Dalam beg tu ada empat cincin emas, beberapa gelang dan rantai emas, handphone Galaxy Note 10 Samsung, cash RM1,500. 

"Kalau calculate, kira-kira RM18,900 kos kerugian yang terpaksa mak saya tanggung," ujarnya. 

Ibu Lieza trauma selepas insiden kehilangan beg tangan dalam surau.

Jelas Lieza, ibunya kini trauma dan tidak mahu lagi solat di surau tersebut, namun bersyukur kerana dirinya tidak diapa-apakan. 

"Lepas je insiden tu, mak saya terus trauma dan tak nak solat kat surau tu lagi. Tapi dia bersyukurlah, sebab dia masih hidup lagi dan tak cedera," katanya.

Sementara itu, anak ketiga daripada empat orang adik beradik ini juga menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan memastikan barangan berharga diletakkan berdekatan dengan diri sewaktu menunaikan solat.  

"Macam sekarang ni, kat surau pun boleh je orang nak curi, jadi saya nak nasihatkan orang-orang kat luar sana supaya lebih berhati-hati. 

"Kalau nak sembahyang tu, jangan letak beg kat depan, letak dekat tengah-tengah sejadah supaya nampak. Nak ambil wuduk tu pun jangan tinggal beg. Better bawa sekali barang-barang bernilai. 

"Mungkin rezeki tak berpihak kat ibu saya, dia tinggalkan beg waktu ambil wuduk, sebab surau kan... dia ingat orang datang nak solat," tambahnya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
mak, curi, beg tangan, surau

Artikel Lain