Sayangnya bapa kat anak! Mula-mula ikut naik motor, kemudian mati enjin dan lari bersama - “Saya toleh ke belakang, anak beranak tu dah hilang” - Viral | mStar

Sayangnya bapa kat anak! Mula-mula ikut naik motor, kemudian mati enjin dan lari bersama - “Saya toleh ke belakang, anak beranak tu dah hilang”

Seorang setia menemani anaknya berlatih merentas desa. Foto Facebook Fazly Hafiz Yahaya

'GARANG', itulah gambaran yang sering dilabelkan terhadap insan bergelar bapa! Kalau tak marah, mungkin rotan akan hinggap di badan.

Tapi sebenarnya definisi kasihnya seorang bapa jarang sekali didendangkan, sedangkan mereka juga penyayang seperti seorang ibu.

Cukup menyentuh perasaan menerusi perkongsian seorang guru apabila seorang bapa menemani anaknya berlatih merentas desa dari mula sehingga ke garisan penamat. 

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa terdiam gambar konvo tadika RM20, tarik tangan anak tinggalkan dewan – “Tu motosikal bos dia, pinjam nak pergi konvo”

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar beranikan diri hampiri lelaki tersadai tepi highway jam 2 pagi, kesudahannya tuntun motor lebih 20km lalu Jambatan P.Pinang!

Guru berkenaan, Mohd Fazly Hafiz Yahaya, 37, berkata, situasi itu dilihatnya pada Isnin lalu semasa memantau latihan merentas desa melibatkan sekolahnya, Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Ramai, Kuala Perlis di Perlis dan dua lagi sekolah sebagai persiapan menjelang acara sebenar pada Jumaat ini.

 Muhammad Ammar Wafiy  pada mulanya diekori bapanya dari belakang.

Katanya, bapa murid tersebut adalah guru di sekolah yang sama, Roslan Bakar dan anaknya, Muhammad Ammar Wafiy adalah sedang belajar dalam darjah 3.

“Sebenarnya, pada hari tu latihan hanya membabitkan murid-murid tahap dua, iaitu tahun empat, lima dan enam. Latihan bagi murid-murid tahap satu pada hari lain.

“Jarak merentas desa untuk kedua-duanya juga tak sama, tahap dua lebih jauh dari tahap satu tapi Wafiy bersemangat ikut sama-sama berlatih,” katanya kepada mStar sambil menambah jarak merentas desa masing-masing tahun satu adalah 1 kilometer (km), tahun dua dan tiga (2km) serta murid-murid tahap dua (4km).

Murid ini terus bersemangat meskipun nampak keletihan.

Mohd Fazly yang lebih dikenali di sekolah sebagai Sir Hafiz berkata, sepanjang latihan sejauh 4km itu, bapa murid itu begitu setia mengikut dari belakang dengan kelajuan yang minimum bagi mengawasi anaknya berlatih.

“Sepanjang larian tu dia beri semangat kepada anaknya. Saya yang menunggang motosikal nampak ada kegembiraan antara dua beranak itu sepanjang masa.

Dia bukan tinggalkan motornya untuk berlari bersama anaknya, tapi dia tuntun motor tu sekali. Kalau berjalan kaki tolak motor pun dah penat, apatah lagi berlari.

MOHD FAZLY

“Sampai satu masa, mereka semakin mendekati saya. Tiba-tiba bapa dia menjerit kat anak dia ‘Sikit lagi nak potong Sir Hafiz, Sir Hafiz’.

“Bila saya toleh ke belakang, anak beranak tu dah hilang, rupa-rupanya dah pun melepasi saya. Makin lama, makin jauh mereka meninggalkan saya,” ujar guru Bahasa Inggeris itu.

Roslan akhirnya mematikan enjin dan menuntun motosikal sambil berlari dengan anaknya.

Namun apa yang mengejutkannya apabila rakan setugasnya itu tiba-tiba mematikan enjin motosikalnya sebelum berlari bersama anaknya.

“Dia bukan tinggalkan motornya untuk berlari bersama anaknya, tapi dia tuntun motor tu sekali. Kalau berjalan kaki tolak motor pun dah penat, apatah lagi berlari.

“Masa dia berlari tuntun motor tu dah hampir ke garisan penamat, kira-kira 100 meter. Kalau berlari macam tu dengan motor bukannya ringan, memang penat,” katanya.

Tindakan Roslan menuntun motosikalnya berlari seiring dengan anaknya hingga ke garisan penamat membuatkan ramai tersentuh hati.

Mohd Fazly yang juga seorang bapa berasa terharu melihat rakannya sanggup berbuat demikian demi memastikan anaknya terus bersemangat hingga ke garisan penamat.

“Semakin dekat dengan garisan penamat, langkah kedua-dua mereka semakin laju. Walaupun boleh rasa betapa letihnya dia, tapi saya tak nampak kepenatan itu pada wajah dia.

“Apa yang saya nampak adalah kepuasan dia memberi semangat kepada anaknya untuk berlari hingga ke garisan penamat,” katanya.

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain