Bos ‘kedekut’ nak bagi staf cuti anak kena Influenza, sekali terkena batang hidung sendiri terus menangis- “Tuhan balas cash depan mata” - Viral | mStar

Bos ‘kedekut’ nak bagi staf cuti anak kena Influenza, sekali terkena batang hidung sendiri terus menangis- “Tuhan balas cash depan mata”

Kisah majikan yang menyesal itu tular di laman Facebook. Gambar Hiasan: NORAFIFI EHSAN / The Star.

PERMULAAN tahun 2020 ternyata tidak setenang yang diharapkan apabila berlakunya penularan virus Influenza A di negara ini.

Ia ternyata memberi igauan ngeri buat golongan ibu bapa khususnya memandangkan kanak-kanak merupakan antara kumpulan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan.

Terbaharu, tular di Facebook luahan seorang majikan mengenai kisah penyakit itu yang pernah berlaku sekitar dua tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Cemas! Mata anak terbeliak, mulut terkacip, ibu berkali-kali lafaz maaf kepada anak kena Influenza A - “Aku tak mahu kehilangan lagi”

ARTIKEL BERKAITAN: Bahaya virus influenza boleh bawa maut, apa kata semak 5 tip dikongsi Dr Say

Menurut individu berkenaan, dia seorang yang tegas melibatkan hal cuti kakitangannya.

Lebih teruk, dia juga tidak membenarkan seorang pekerjanya mengambil cuti untuk menjaga anak yang dijangkiti wabak berkenaan kerana bimbang keuntungan syarikat merudum.

"Beberapa hari lepas tu, anak bongsu saya demam panas. Saya bawa ke hospital, doktor sahkan anak saya umur tiga tahun pun kena jangkitan juga.

Majikan itu berkata, dia tidak sanggup melihat anaknya menahan kesakitan akibat dijangkiti wabak berkenaan. (Gambar Hiasan).

"Disyaki dapat di nursery (pusat asuhan kanak-kanak). Kasihan betul masa tu lihat anak menangis kesakitan. Kalau boleh saya nak ganti tempat anak. Biar saya sakit.

"Saya marah sungguh kat siapa yang bawa penyakit ni. Cuba teka, anak saya berjangkit dengan anak staf saya. Anak staf saya pergi ke nursery juga sebab mak dia tak dapat cuti dari bos iaitu saya sendiri," luah individu itu panjang lebar.

Menyedari hal itu, majikan berkenaan menganggap dugaan yang dihadapi sebagai teguran dan balasan tuhan kepadanya.

Anak saya hampir mati, mujur panjang umur sahaja. Saya minta maaf pada staff saya dengan linangan air mata sesal.

MAJIKAN

Malah, dia juga mengakui sudah berubah dan enggan lagi mengejar keuntungan semata-mata tanpa mengambil kira kebajikan pekerja.

"Sejak itu saya tersedar. Tuhan nak tegur saya, terus tuhan balas cash depan mata. Saya menyeru kepada majikan sekalian, jika staf minta cuti nak jaga anak sakit yang boleh merebak, tolong bagi staf cuti.

"Sale syarikat boleh kejar lain masa. Jangan sampai tuhan tegur kamu semua macam saya pernah kena. Anak saya hampir mati, mujur panjang umur sahaja.

"Saya minta maaf pada staf saya dengan linangan air mata sesal. Tolong jadikan ada empati dan faham anak buah kita," ujarnya lagi.

Sebahagian luahan majikan tersebut. (Kredit FB Mohd Fadli Salleh).

Paparan skrin luahan majikan itu dikongsi di Facebook Mohd Fadli Salleh dan menerima lebih 7,100 tanda suka (like).

Malah, ia turut dikongsi lebih 4,200 netizen dan turut dihujani pelbagai komen.

"Allahu. Saya pernah duduk di tempat staf beliau. Tiap bulan anak mesti sakit. Tak demam mesti cirit birit. Sampai habis cuti saya. Akhirnya saya tak disambungkan jadi tetap. Sejak tu saya jaga sendiri anak-anak.

"Pernah ada pengalaman macam ni. Bos tak bagi cuti nak jaga anak sakit. Sampai tahap lepas bawa anak klinik. Angkut sekali anak pergi tempat kerja. Pun dia buat muka. Last-last saya berhenti kerja," tulis netizen.

influenza , majikan , cuti sakit , pekerja

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain