suria

Cuba lebih 30 produk tapi gagal, tapi sejak 6 bulan tak minum air manis akhirnya kulit makin flawless - “Pipi, hidung pun nampak kecil”

Perbezaan ketara Najwa dalam tempoh enam tahun yang mencuri tumpuan netizen di Twitter.

MACAM mana dia jadi flawless? Demikian soal netizen berhubung video glow up seorang gadis yang tular di laman Twitter.

Menerusi video berdurasi sepuluh saat itu, gadis tersebut mempersembahkan foto transformasi dirinya yang berlaku dalam tempoh enam tahun.

Bercerita kepada mStar, gadis yang hanya ingin dikenali sebagai Najwa itu mengakui banyak yang sudah berubah dalam tempoh berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu cengkung kini elok, Instafamous kongsi foto glow up dituduh bedah wajah - “Agak terasa orang kata saya ‘hauk’, tapi...”

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Dua Lipa Malaysia’ dikecam kongsi foto glow up 2019... tudung ‘hilang’ - “Saya memang selalu dibenci, ada yang panggil pelacur”

"Gambar lama tu masa saya tingkatan tiga. Sekarang dah umur 20 tahun. Saya tengok ramai kongsi kisah glow up masing-masing. Jadi saya buat juga lah.

"Nampak ketara dulu dan sekarang sebab muka saya dah OK. Dulu banyak jerawat, berminyak dan hitam.

"Berat badan saya juga turun dalam 10 kilogram (kg) dalam tempoh tu. Sekarang mantain berat sekitar 65 kg. Ada juga yang tegur. Pipi dan hidung pun nampak kecik sekarang," ujarnya.

Video glow up Najwa yang dikongsi seorang individu di Twitter sehingga ia menjadi tular.

Selain keadaan kulit wajah yang semakin sihat, dia turut membuka cerita mengenai petua yang menjadi amalannya.

Kata Najwa, kulitnya yang bermasalah mula menunjukkan perubahan positif sejurus dia berhenti mengambil minuman manis, sekitar enam bulan lalu.

"Banyak faktor perubahan. Dulu masa sekolah tak mampu beli produk muka. Tapi jerawat saya dah kurang lepas berhenti minum air manis.

Dulu kalau tangkap gambar pun saya tutup muka. Tak suka jumpa orang. Dari zaman sekolah sampai sekarang, dah lebih 30 produk saya cuba.

NAJWA

"Saya kurangkan dahulu. Tapi dalam pertengahan tahun ini, saya berhenti terus minum air manis.

"Saya juga perasan senang nak turun berat badan bila tak ambil air manis," ujarnya.

Bercerita mengenai pengalaman lalu, Najwa mengakui kulit wajahnya yang bermasalah menyebabkan dia malu untuk berhadapan dengan orang ramai.

Foto-foto lama Najwa.

"Dulu muka teruk, pergi majlis je, orang akan tegur muka dulu. Memang self-esteem rendah.

"Kalau dulu, tangkap gambar pun saya tutup muka, tak suka jumpa orang. Dari zaman sekolah sampai sekarang, dah lebih 30 produk saya cuba.

"Tak kisah produk tu mahal atau murah, yang penting ia sesuai dengan kulit kita. Sunscreen juga sangat penting," ujar penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Alor Gajah, Melaka itu.

Najwa kini lebih yakin untuk berhadapan dengan orang ramai.

Sehingga kini, video glow up Najwa yang dimuat naik seorang individu di laman Twitter menerima lebih setengah juta tontonan.

Malah, rata-rata komen netizen turut memuji perubahan wajah Najwa yang mana dia kelihatan cukup berbeza berbanding foto lamanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Najwa, glow up, jerawat, kulit muka

Artikel Lain