suria

Kiri piano, kanan tekan keyboard... ramai terpegun tengok gadis cun ini main 2 alat muzik serentak, bapanya bukan biasa-biasa!

Darleen bersama bapanya, Zack yang merupakan pemain drum kumpulan Bloodshed.

AKSI bersahaja seorang gadis yang bermain dua alat muzik secara serentak mencuri perhatian netizen.

Menerusi video tular itu, Darleen Zakir, 25, mempersembahkan mash-up (gabungan) lagu Memories dendangan kumpulan Maroon 5 dengan lagu klasik Canon in D menggunakan piano dan keyboard.

Bercerita kepada mStar, Darleen mengakui terharu dengan komen netizen yang rata-rata terpegun dengan kebolehannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak perlu nyanyi, baik mengaji je” - Tak mengalah, malas layan ‘serangan’... pelajar law UIA terharu ramai puji cover lagu K-Clique

ARTIKEL BERKAITAN: Suara bak nyanyian dalam mimpi, ada kata penuntut UiTM ini boleh dodoi tidur... belum dengar full version lagi tu!

"Saya rasa terharu. Pernah je dapat mesej dari followers, mereka guna muzik saya untuk lawan depresi.

"Kita main muzik bukan sekadar mahu dikenali, tapi boleh bantu orang. Saya rasa rendah diri bila orang boleh relate dengan muzik saya," ujarnya.

Menurut Darleen, dia mula belajar bermain piano sejak berusia tujuh tahun.

Darleen mula bermain piano sejak berusia tujuh tahun.

Dia juga aktif berkongsi bakatnya dengan pengikut laman sosial sejak enam tahun lalu, khususnya menerusi Instagram dan Twitter.

"Ayah hantar pergi kelas piano sejak umur tujuh tahun. Selain piano, saya boleh main keyboard, gitar dan organ.

"Idea main dua alat muzik tu sebab bunyi string tak ada pada piano. Jadi saya pakai keyboard.

Saya merendah diri dengan komen-komen mereka. Pada saya, penampilan tu sekadar sampingan sahaja. Saya anggap sebagai bonus.

DARLEEN ZIKIR

"Agak mencabar sebab kena pakai tangan kiri dan kanan serentak, not pula berbeza-beza. Kaki juga nak kena tekan pedal," katanya yang meminati Zamani (Slam) dan kumpulan Muse.

Dalam pada itu, video cover terbaharu Darleen yang bermain piano dan keyboard secara serentak menerima lebih 125,000 tontonan di Twitter.

Selain pujian mengenai bakat Darleen, tidak kurang juga netizen yang turut memuji rupa parasnya.

Darleen juga berkebolehan bermain keyboard, organ dan gitar.

"Saya merendah diri dengan komen-komen mereka. Pada saya, penampilan tu sekadar sampingan sahaja. Saya anggap sebagai bonus.

"Apa yang penting saya nak kongsikan bakat muzik. Alhamdulillah, saya bersyukur," katanya lagi.

Menetap di Kajang, Selangor, Darleen bertugas sebagai editor di sebuah syarikat swasta.

Darleen memasang impian untuk membuka akademi muzik suatu hari nanti.

Pada masa sama, dia turut menjadi guru piano secara sambilan dan turut menerima undangan persembahan muzik.

Untuk rekod, Darleen merupakan anak kepada pemain dram kumpulan era 80-an, Bloodshed yang popular dengan lagu Srikandi Cintaku.

Menurut Darleen, dia merancang untuk menghasilkan single dalam tempoh setahun dua lagi.

Malah, dia juga bercita-cita untuk membuka akademi muzik sendiri suatu hari nanti.

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain