“Saya pernah lihat dia pandu kereta” - Siang makcik jual tisu di Tesco, berlakon jadi orang susah... malam pergi karaoke!

Seorang wanita mendedahkan taktik seorang makcik yang didakwa menyamar sebagai orang susah.

MASYARAKAT Malaysia sememangnya terkenal dengan sikap pemurah dan prihatin.

Contoh yang paling mudah, ramai antara kita begitu mudah memberi sedekah atau derma sekiranya dihampiri individu yang meminta sumbangan atau individu cacat penglihatan yang menjual tisu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hebat lakonan ‘pengemis’ ini! Tak fikir baik, jahat peniaga terus senduk nasi goreng, bagi duit tambang - “Makcik cepat tersentuh tengok orang susah”

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mudah terima sedekah, Tok Bibah jual botol kosong, barang lusuh cari rezeki... mampu hantar anak angkat masuk universiti! 

Bagaimanapun, sikap pemurah ini membuatkan ada individu tidak bertanggungjawab menyamar sebagai golongan kurang upaya demi meraih simpati sekali gus wang masyarakat.

Baru-baru ini, seorang wanita tampil membuat pendedahan mengenai seorang warga emas yang menyamar sebagai orang miskin.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Fatin itu membuat pendedahan itu di Twitter, selepas seorang pelayar memuatnaik satu posting yang menceritakan mengenai ‘keperitan hidup’ wanita warga emas yang ditemuinya di pasar raya Tesco, Ampang baru-baru ini.

Fatin membuat pendedahan selepas seorang gadis memuatnaik kisah mengenai seorang warga emas yang dikatakan hidup susah.

“Makcik itu bukanlah sepertimana yang diceritakan. Dia menyamar dan sememangnya dia menjadikan Tesco Ampang sebagai tempat untuk dia menjalankan ‘kerjanya’ itu. Kebetulan, pejabat tempat saya bekerja hanya terletak berhampiran dengan pasar raya itu.

“Boleh dikatakan, hampir setiap hari saya akan terserempak dengan makcik tersebut. Saya juga sebelum ini pernah memberi wang kerana ‘terpedaya’ dengan cerita sedihnya. Bagaimanapun, kisah makcik itu terbongkar selepas beberapa individu pada tahun lalu membuat pendedahan di Facebook,” kata Fatin kepada mStar.

Tambah wanita berusia 25 tahun itu lagi, dia pernah menyaksikan sendiri warga emas itu memandu sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke blok yang menempatkan pejabatnya.

Antara komen netizen yang turut sama menyokong pendedahan Fatin.

“Kejadian itu berlaku pada tahun lalu. Ketika itu saya sedang memandu dan hampir sampai ke tempat kerja. Tiba-tiba ternampak makcik ini sedang memandu kereta dan sedang berlegar berhampiran Tesco Ampang.

“Mungkin ketika itu dia sedang cari ‘port’ baik untuk parking kereta, supaya tidak dilihat orang. Beberapa rakan sekerja saya juga pernah melihatnya berkereta,” kata Fatin.

Bercerita lebih lanjut, Fatin berkata tujuan dia membuat pendedahan tersebut semata-mata mahu memberi pencerahan kepada netizen agar tidak terus terpedaya dengan wanita berkenaan, dipercayai berusia 63 tahun..

Seorang pelayar memuat naik tangkapan skrin kenyataan daripada badan Baitulmal mengenai wanita warga emas berkenaan. 

“Saya kongsi sebab saya rasa wajar untuk berbuat demikian agar orang tidak tertipu dengannya. Bayangkan, rakan saya pernah tolong dia bayarkan bil dia sebab kasihan.

“Saya kesian pada orang yang ikhlas nak membantu tapi sebenarnya mereka menjadi mangsa. Makcik ni pandai... dia baring tengah panas, berjalan kaki ayam, berkeliaran di tepi jalan raya. Kalau lihat dia, memang orang akan kasihan.

“Sebab itu saya rasa perlu tampil beri penjelasan. Bagi saya, jika masih sihat tubuh badan, mengapa tidak berusaha untuk cari rezeki, bukannya meminta-minta apatah lagi menipu. Saya hanya rasa terpanggil nak kongsi apa yang saya tahu, jauh sekali nak pertikaikan niat murni mereka yang tetap ingin bersedekah,” ujarnya lagi.

Wanita yang didakwa menyamar sebagai orang susah. 

Terdahulu, seorang pelayar memuat naik kisah seorang wanita tua yang ditemuinya di sebuah pasar raya, yang dikatakan berasal dari golongan yang susah, selain turut mempunyai anak kelainan upaya.

Dalam perkongsiannya itu juga, pelayar itu meminta orang ramai agar sama-sama menghulurkan sumbangan sekiranya terserempak dengan wanita tersebut.

Bagaimanapun, menerusi ruangan komen kepada perkongsian tersebut, rata-rata netizen mendedahkan bahawa wanita tersebut sebenarnya menyamar sebagai orang susah untuk meraih simpati.

Artikel Berkaitan

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain