“Dia memang suka luah perasaan guna surat” - Gadis demam terharu adik umur 8 tahun tunjuk sayang melalui nasi telur kicap

Sofea bersama Faheem semasa menyaksikan perlawanan bola sepak Malaysia menentang Indonesia bulan lepas.

TINDAKAN seorang kanak-kanak lelaki menyediakan makanan istimewa untuk kakaknya yang demam mendapat pujian netizen.

Menerusi perkongsian Qistina Sofea Faridhulathroth, dia meluahkan rasa terharu dengan sikap caring adik bongsunya, Faheem Arrayyan yang berusia lapan tahun.

Qistina Sofea turut memuatnaik gambar nasi putih bersama telur mata dan kicap serta surat yang ditulis adiknya itu di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Huru-hara bila si jejaka masuk dapur, ramai dedah alami pengalaman sama... “perempuan pun ada jenis macam ni”

ARTIKEL BERKAITAN: Rapper cilik mahu duet, jumpa MK - “Terkejut... tak sangka dapat lebih sejuta tontonan”

Perkongsian dengan kapsyen 'Nak demam everydaylah kalau macam ni' mendapat lebih 5,000 ulang kicau dan 11,000 tanda suka.

Mesra disapa Sofea, gadis berusia 16 tahun itu berkata kisah mengenai hidangan itu berlaku pada Selasa lalu. 

Nasi telur kicap bersama dengan air Vitagen serta surat yang ditulis adik bongsu Sofea.

"Waktu tu saya demam. Waktu dah habis mandi saya buka pintu bilik air nak gosok gigi. Saya nampak adik saya tinjau dari luar. Saya macam pelik tapi biarkan je.

"Bila selesai gosok gigi, saya pergi dekat meja make up. Tiba-tiba saya tengok ada satu tray. Dalam tu ada nasi telur kicap, air Vitagen siap kepit straw dan air kosong.

Semua dia belajar dengan mak saya. Kadang-kadang ada juga buka YouTube. Macam nasi telur mata dia buat tu memang sedap, habis licin sebab dia buat dengan penuh kasih sayang.

QISTINA SOFEA FARIDHULATHROTH

"Rupa-rupanya adik saya yang siapkan waktu saya tengah mandi," katanya kepada mStar.

Jelas Sofea, adik bongsunya itu amat penyayang tetapi malu menunjukkan sikap ambil beratnya itu.

"Dia memang caring, rajin tapi suka buat sesuatu senyap-senyap. Kiranya dia malu tunjuk dia jenis yang caring. Yang sweetnya dia siap bagi surat. Dia memang suka luahkan perasaan menggunakan surat.

Sofea mendedahkan Faheem seorang yang penyayang tetapi pemalu.

"Sebelum ni pun dia pernah buat benda sama dengan abang dia yang cedera akibat terjatuh. Dia bagi plaster sorok-sorok siap ada surat sekali. Dalam surat tu tulis 'nah bang plaster, take care'," katanya.

Dalam pada itu, anak kedua daripada empat beradik itu mendedahkan Faheem juga gemar memasak di rumah.

"Telur mata tu dia goreng sendiri. Dia juga boleh buat pancake dan aiskrim Malaysia. Bila saya nak makan pancake dia yang volunteer buatkan. 

"Semua dia belajar dengan mak saya. Kadang-kadang ada juga buka YouTube. Macam nasi telur mata dia buat tu memang sedap, habis licin sebab dia buat dengan penuh kasih sayang," katanya.

Perkongsian Sofea mengenai perkara itu membuatkan ramai kagum dengan sikap adik bongsunya itu.

Antara reaksi netizen terhadap posting Sofea di Twitter.

"Awak boleh tak kita tukar adik," tulis Alia.

"Saya tak ada adik. Nak adik awak boleh," kata Zira.

"Hahaha, comel. Pentingnya didikan di zaman ini, kesan dekat anak sangat positif. Excellent parent," kata Mahirah.

Artikel Berkaitan

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain