Huru-hara bila si jejaka masuk dapur, ramai dedah alami pengalaman sama... “perempuan pun ada jenis macam ni” - Viral | mStar

Huru-hara bila si jejaka masuk dapur, ramai dedah alami pengalaman sama... “perempuan pun ada jenis macam ni”

Perkongsian mengenai 'bila lelaki masuk ke dapur' yang menjadi tular di Twitter. (Kredit: Twitter @h4fiss / Hafi's)

BERCERITA soal masuk ke dapur, tugasan ini biasanya sinonim dengan kaum hawa sejak sekian lama.

Dalam kehidupan kita sekalipun, tanggungjawab memasak pastinya dilakukan oleh ibu mahupun adik beradik perempuan.

Malah, jarang sekali kita lihat ayah atau anak lelaki beraksi di dapur bagi menyediakan hidangan untuk keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Siapa sangka pengikut IG naik lebih 100,000 gara-gara video 'suka-suka'

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau tak pandai masak, tak cukup perempuan ke?” - Lelaki toksik buat bakal peguam geram

Terbaharu, perkongsian seorang jejaka mengenai isu itu ternyata menarik perhatian ramai pelayar Twitter.

Perkongsian tular berkenaan.

"Bila lelaki masuk dapur," tulis jejaka itu sambil disertakan foto kejadian huru-hara yang berlaku.

Foto itu memaparkan sebahagian bekas plastik yang diisi minyak menjadi cair, dipercayai terkena api dapur.

Perempuan pun ada jenis macam ni. Kadang-kadang lepas masak pun tak tahu nak lap-lap, kemas-kemas. Ada jugak lelaki yang elok je masak, kalah perempuan.

NETIZEN

Menerusi beberapa siri tweet yang dikongsi, jejaka itu menjelaskan dirinya bukanlah punca kepada kejadian tersebut.

"By the way this is not me, aku bangun tadi terus jadi gini," tulisnya.

Perkongsian itu sehingga kini menerima lebih 1,300 ulang kicau (Retweet).

Dalam pada itu, penularan foto-foto berkenaan turut menjadi jenaka dalam kalangan netizen.

Antara komen balas netizen menerusi posting berkenaan.

Malah, ramai yang meninggalkan komen dan turut berkongsi semula posting berkenaan.

"So no wonder ibu kemain marah adik lelaki aku masuk dapur.

"Hahaha aku tak tahu nak gelak ke nangis. Apa lah jadi kalau mak tahu ye?

"Ingat tak kat rumah sewa pergi tapis minyak panas guna penapis plastik.

Komen balas dua netizen yang membuktikan kaum adam juga hebat beraksi di dapur.

"Perempuan pun ada jenis macam ni. Kadang-kadang lepas masak pun tak tahu nak lap-lap, kemas-kemas. Ada jugak lelaki yang elok je masak, kalah perempuan," tulis beberapa netizen.

Selain itu, ada yang turut membangkitkan bahawa kaum lelaki sebenarnya lebih hebat beraksi di dapur berbanding kaum hawa.

Ia dibuktikan dengan kewujudan ramai tukang masak dan cef dalam kalangan lelaki di hotel-hotel serta restoran di seluruh dunia.

Selain itu, segelintir netizen turut berkongsi foto juadah yang dihasilkan mereka menerusi ruangan balas posting berkenaan.

cef , tukang masak , lelaki ke dapur , kaum hawa

Artikel Lain