Pemuda dikecam kerana label kursus taraf ‘kos cikai’, “Budak-budak komputer punya sentap” - Viral | mStar

Pemuda dikecam kerana label kursus taraf ‘kos cikai’, “Budak-budak komputer punya sentap”

Gelaran 'kos cikai' mengundang kemarahan netizen di media sosial.

PELUANG dapat menyambung pengajian ke Institutsi Pengajian Tinggi (IPT) merupakan langkah awal bagi persediaan membina kerjaya, tidak kira apa kursus yang diikuti sepanjang tempoh di kampus.

Hakikatnya apabila tamat pengajian ada juga yang bekerja dalam bidang berlainan daripada yang dipelajari ketika di menara gading.

Apa yang penting, seseorang itu tidak perlu ‘menghina’ kursus-kursus yang diambil dan menggelarnya ‘kos cikai'.

ARTIKEL BERKAITAN: Korban seorang anak... tangguh hasrat ke IPT, tawar khidmat lukis potret bantu kos rawatan penyakit bapa

Perkataan 'kos cikai' tersebut timbul selepas seorang pengguna Twitter berkongsi posting mengenai yuran profesional KPM (Kolej Profesional Mara) yang murah berbanding universiti-universiti tempatan lain.

Posting yang membuatkan netizen 'naik angin'.

Namun perkongsian oleh Anisr99 itu disalah erti pengguna lain yang dikenali Farhan dan menganggap kursus-kursus seperti bisnes, sains komputer sebagai bertaraf rendah.

Posting tersebut menerima pelbagai maklum balas daripada netizen lain dan mendapat lebih 5,000 ulang kicau.

Menurut salah seorang pengguna Twitter, Rubyhaya, dia tidak bersetuju dengan melabelkan kos cikai itu.

“Dia hanya mempromosi KPM kerana yuran dan elaun yang diberikan. Dia tidak downgrade mana-mana institusi lain.

“Kenapa perlu bandingkan kursus-kursus? Saya sendiri dari KPM dalam kursus Diploma Perniagaan dan akan ke Sydney untuk sambung pengajian dalam kursus perakaunan dan kewangan,” luahnya mengulang kicau posting berkaitan.

Sebahagian daripada pengguna Twitter yang memberi respon berkaitan kos cikai.

Dalam pada itu, beberapa lagi pelajar dan bekas KPM turut tampil tidak bersetuju dengan posting Farhan tersebut.

“Kos ‘cikai-cikai’ di KPM tu adalah tiket untuk saya mendapat tajaan Mara, mencapai impian untuk belajar di luar negara, tapi yeah, kos cikai-cikai kan,” tulis Adenan Affieq sinis.

Komen Farhan mengenai pandangan kos cikai.

Ada juga yang tampil mempertahankan kursus sains komputer yang membuka peluang pekerjaan paling banyak di Malaysia pada 2019.

“Jangan nilaikan kursus yang diambil. Setiap kursus ada cabaran masing-masing. Tak ada ‘kos cikai'.

“Memanglah kos mereka murah kerana tak pakai bahan banyak…itu sahaja beza, tetapi struggle adalah real, ” tulis Helmi.

Kos cikai , sains komputer , bisnes , KPM

Artikel Lain