Pengantin, bridesmaid terus ke pasar raya selepas bersanding... rare atau jurufoto tak profesional? - Viral | mStar

Pengantin, bridesmaid terus ke pasar raya selepas bersanding... rare atau jurufoto tak profesional?

Gambar sepasang pengantin yang melakukan photoshoot di sebuah pasaraya menjadi tular di media sosial.

LAZIMNYA, pasangan pengantin akan memilih tempat yang mempunyai latar belakang pemandangan ataupun bangunan yang menarik untuk dijadikan sebagai lokasi penggambaran luar (outdoor) bagi merakamkan detik bersejarah pada hari perkahwinan mereka.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular beberapa keping gambar sepasang mempelai melakukan penggambaran outdoor di sebuah pasar raya.

Apa yang unik, aksi pasangan pengantin yang ditemani beberapa gadis dulang (bridesmaid) sambil menyorong troli membeli barang dapur, mengundang perhatian netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Majlis terganggu, juruvideo ‘bad mood’ lensa kamera dijadikan gelas sirap, tak lama kemudian jadi makanan semut - “Mak dia langsung tak minta maaf” 

ARTIKEL BERKAITAN: Bidik kamera laksana jurugambar profesional, hasilnya 'meletop'!

Berkongsi cerita dengan mStar, jurufoto yang merakamkan momen-momen tersebut, Muhamad Hafiz Samsuddin berkata, idea untuk melakukan penggambaran di pasar raya dibangkitkannya sebelum ia dipersetujui pasangan mempelai berkenaan.

Hafiz yang merupakan lulusan UniKL dalam jurusan Rekabentuk Interaktif Multimedia sudah empat tahun berkecimpung dalam bidang fotografi.

“Sebenarnya, saya mahu cuba realisasikan idea yang agak berlainan ini sudah lama. Ini kerana saya mahu mencuba sesuatu yang baru memandangkan sudah bosan dengan latar belakang berkonsepkan tumbuhan hijau, di mana ia agak klise.

“Idea pasar raya ini timbul kerana saya anggap, lepas kahwin mereka mesti nak beli barang dapur jadi mengapa tidak jika lakukan penggambaran di pasar raya. Saya pernah suarakan kepada klien lain sebelum ini, tapi mereka menolak kerana segan.

Idea pasar raya ini timbul kerana saya anggap, selepas kahwin mereka pastinya mahu membeli barang dapur jadi mengapa tidak jika lakukan penggambaran di pasar raya. 

MUHAMAD HAFIZ SAMSUDDIN

JURUFOTO

“Bagaimanapun, klien saya yang terbaharu ini sangat sporting walaupun mereka pada mulanya ada juga perasaan segan sebab masuk pasar raya berbaju pengantin. Nak dijadikan cerita, ketika itu di Pulau Pinang memang musim hujan pada waktu petang, jadi terpaksa buat penggambaran indoor.

“Kalau hujan, pasti kita bimbang baju pengantin yang disewa akan kotor atau rosak. Jadi idea ini secara tidak langsung dapat mengelakkan berlakunya keadaan sedemikian. Pengantin pun setuju, maka bawa sekali bridesmaid untuk shooting dan terjadilah gambar-gambar tersebut,” ujar pemuda berusia 25 tahun ini.

Cerita Hafiz, sesi penggambaran pada 30 November lalu ketika majlis resepsi di sebelah pengantin perempuan, mereka memilih untuk melakukannya di sebuah pasar raya terkenal yang terletak berdekatan dengan kediaman pengantin di Penanti, Pulau Pinang.

Idea Hafiz yang melakukan photoshoot di sebuah pasar raya menjadi tular di media sosial.

Malah ujarnya, penggambaran di pasar raya tersebut berjalan lancar memandangkan staf di situ memberikan kerjasama dengan baik.

Hafiz yang merupakan pengasas Diktator Creative Studio, sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan fotografi serta rekaan kreatif berkata, sepanjang empat tahun berkecimpung dalam bidang fotografi, penggambaran unik pasangan mempelai tersebut merupakan pengalaman pertamanya.

“Rasanya dah ada yang pernah buat photoshoot dalam pasar raya, tapi mungkin nak jadi rezeki saya, gambar tersebut menjadi viral. Malah klien saya pun terkena tempias sehingga diberi jolokan 'pengantin Tesco',” ujarnya ketawa kecil.

Photoshoot yang dijalankan di pasaraya merupakan idea yang sudah lama ingin direalisasikan Hafiz untuk mencipta kelainan.

Dalam pada itu, Hafiz berkata sungguhpun perkongsian tersebut dibanjiri komen positif daripada netizen, namun ia juga tidak terkecuali mendapat komen negatif.

“Kebanyakan komen memuji idea berkenaan kerana pertama ia unik, dan keduanya, ia sebagai satu pendekatan yang bagus untuk mengelakkan baju pengantin yang disewa menjadi kotor dek terkena air lumpur atau sebagainya jika penggambaran tetap dilakukan di luar ketika hujan.

“Komen negatif ada juga tapi hanya beberapa sahaja. Mereka ini mungkin seorang jurufoto juga sebab komen yang diberikan mengatakan idea photoshoot di pasar raya agak tidak profesional.

“Pada saya, bidang fotografi ini luas, di mana setiap orang ada cara dan kelainan masing-masing. Mungkin mereka ini jurufoto yang ada nama… biasalah. Saya terima apa jua komen, tapi sekiranya nak judge, biarlah berpada-pada. Apa yang penting, klien saya gembira dengan idea dan hasilnya,” ujarnya mengakhiri bicara. 

pasaraya , bridesmaid , unik , hujan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain

Awas! Obesiti boleh sebabkan kanser