suria

Lelaki ini tak boleh move on walau dah setahun ‘digantung’ kekasih kejam, rakan dedah pernah menangis - “Kami dah nak tidur, baru dia masuk bilik”

Video yang dimuat naik oleh Ikhwan menunjukkan sahabatnya bersedih gara-gara cinta terputus di tengah jalan, menjadi tular di media sosial.

LUMRAH setiap pasangan yang bercinta, pasti tidak terkecuali daripada melalui fasa pasang surut dalam perhubungan.

Tanpa kesetiaan, kejujuran dan ketabahan tidak mustahil hubungan percintaan akan putus di tengah jalan.

Baru-baru ini sebuah video menunjukkan seorang lelaki bersedih gara-gara cintanya dengan seorang gadis yang tidak kesampaian tular di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis rindu nak jumpa BFF sanggup naik tren TBS-KK, tapi apa yang berlaku memang mengejutkan - “Marah! Saya padam gambar, sekat nombor telefon”

ARTIKEL BERKAITAN: Video dating sebagai tanda sayang... Hasil suntingan pemuda ini buat ramai terpegun

Video yang dirakam oleh salah seorang rakan kepada lelaki tersebut meraih lebih 19,700 ulang kicau selain turut dibanjiri komen netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati dan memberikan kata-kata semangat buat lelaki berkenaan.

Berkongsi cerita dengan mStar, individu yang bertanggungjawab merakam video berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Ikhwan berkata, sememangnya rakaman itu dilakukan tanpa pengetahuan rakannya.

Menurut Ikhwan, ketika itu dia bersama beberapa rakan sebilik sedang berbual sebelum lelaki berkenaan, Khuzainy, secara tiba-tiba keluar dari bilik dan termenung sendirian.

Video yang dimuat naik oleh Ikhwan meraih melebihi 20,000 retweet. 

“Mula-mula ingatkan Khuzainy keluar sekejap sahaja, tapi rupa-rupanya lama juga dia duduk di luar berhadapan dengan pintu bilik kami. Masa itulah kami perasan yang dia sedang dalam kesedihan. Rupa-rupanya, dia sedih mengenangkan hubungan cintanya yang terputus di tengah jalan.

“Disebabkan tidak mahu mengganggu mood dia, kami hanya perhatikan dari jauh dan rakam gelagatnya secara spontan. Lama juga dia duduk melayan perasaan sambil mendengar lagu-lagu sedih, sampai kami dah nak tidur, baru dia masuk bilik,” kata Ikhwan mengenai rakannya itu.

Menurut Ikhwan, Khuzainy pernah memberitahunya bahawa hubungan cinta yang dijalin bersama seorang gadis yang dikenali sejak sekolah menengah, sudah terputus pada tahun lalu.

“Cerita Khuzainy, dia dan gadis itu bercinta selama dua tahun. Namun tidak tahu apa puncanya, gadis itu meninggalkannya tanpa memberikan alasan. Enam bulan gadis itu ‘hilang’ tanpa meninggalkan kata-kata. Puas Khuzainy mencari dan menghubunginya namun gagal.

“Walaupun pengalaman pahit itu sudah setahun berlalu, namun Khuzainy berkata dia masih belum dapat move on. Iyalah, dua tahun bercinta tiba-tiba sahaja gadis itu meninggalkannya tanpa beri sebarang penjelasan, siapa tidak sedih. Tumpah juga air matanya mengenangkan percintaan yang terputus di tengah jalan itu,” ujar remaja berusia 18 tahun ini.

Antara komen netizen yang turut bersimpati dengan nasib rakan kepada Ikhwan.

Ujar Ikhwan, sepanjang mengenali Khuzainy sejak sama-sama menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam di Melaka dan menjadi rakan sebilik sejak enam bulan lalu, ia bukanlah kali pertama dia melihat rakannya itu menangis.

“Sebelum ini pernah juga nampak dia bersedih, tetapi masa itu kami belum benar-benar kenal antara satu sama lain. Dia pun belum bercerita mengenai kisahnya ketika itu. Hanya selepas serasi, baru kami tahu kisah masing-masing.

“Sebagai sahabat dan rakan sebilik, kami memahami apa yang dia rasai. Apa yang kami mampu lakukan hanyalah memintanya bersabar dan melakukan aktiviti bersama-sama agar dia dapat melupakan kesedihannya itu,” ujarnya yang kini merupakan pelajar semester satu Diploma Pengurusan Pejabat.

Walaupun pengalaman pahit itu sudah setahun berlalu, namun Khuzainy berkata dia masih belum dapat move on. Iyalah, dua tahun bercinta tiba-tiba sahaja gadis itu meninggalkannya tanpa beri sebarang penjelasan, siapa tidak sedih. Tumpah juga air matanya mengenangkan percintaan yang terputus di tengah jalan itu.

IKHWAN

Jelasnya lagi, tujuannya memuatnaik video berkenaan sekadar untuk berkongsi kisah rakannya yang dalam masa sama mahu memberi mesej agar setiap pasangan bercinta sepatutnya menghargai dan berlaku jujur terhadap pasangan masing-masing.

“Tak sangka tweet itu blow up sebenarnya. Tapi dari situ, rupa-rupanya ramai netizen yang prihatin, malah ramai pula yang memberikan kata-kata semangat untuk rakan saya. Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman masing-masing.

“Bagi mereka yang sedang bercinta, mungkin boleh ambil iktibar kisah rakan saya ini. Pertamanya, kalau sudah tiada rasa cinta, berterus terang sahaja. Jangan tinggalkan pasangan anda begitu sahaja. Kejujuran dan komunikasi itu penting.

“Jarang sebenarnya lelaki menangis, tapi jika air matanya keluar, bermakna memang betul-betul sedih ujian cintanya,” ujarnya lagi. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
putus, cinta, jiwang, move on

Artikel Lain