suria

“Saya fikir orang bertudung ni baik-baik” - Gadis ‘free hair’ dipulau rakan sebilik... duit tabung, makanan dikebas

Bella mendedahkan kisah itu di Twitter. Dia bagaimanapun tidak menyimpan dendam terhadap tiga bekas rakan sebiliknya. (Gambar Hiasan)

SETIAP pelajar yang menjalani kehidupan di universiti pasti menyimpan pelbagai kisah suka-duka dalam kotak memori masing-masing.

Begitu juga dengan gadis ini apabila dia mendakwa dipulaukan tiga rakan sebiliknya hanya kerana tidak bertudung.

Hanya ingin dikenali sebagai Bella, dia turut berkongsi kisah duit tabungannya yang dicuri sehingga ia tular di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Tudung tak sama warna rambut, Sailor Moon muslimah dikritik tak buat kaji selidik

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis berhijab mengaku perangai gila-gila pertahan aksi lucah tunjuk jari tengah - “Ibu bapa dah bagi didikan sempurna, ni atas diri saya”

Bercerita lanjut kepada mStar, Bella mengakui sedih apabila mengimbas kembali peristiwa berkenaan yang berlaku sekitar tahun 2013 di sebuah universiti di utara tanah air.

"Masa tu saya kehabisan wang. Nak guna duit syiling dalam tabung. Rupa-rupanya rakan sebilik dah guna tanpa kebenaran untuk dobi baju.

"Masa tu ibu bapa saya bekerja di luar negara. Nak hantar duit memang ambil masa. Saya pula memang dah kehabisan wang masa tu. Mujurlah ada ramai kawan lelaki bantu.

"Selain itu, stok simpanan makanan saya juga turut dihabiskan mereka. Saya dipulaukan sebab saya seorang je tak pakai tudung," ujarnya sewaktu dihubungi mStar.

Bella mendakwa duit syiling miliknya digunakan rakan sebilik untuk mencuci baju di kedai dobi.

Tambah Bella, dia yang tertekan dengan hal itu sempat menamatkan satu semester pengajian sahaja sebelum membuat keputusan untuk berhenti.

Bercerita lebih lanjut mengenai peristiwa duka itu, Bella mengakui dia langsung tidak menyimpan dendam dalam hati.

"Memang sedih dan marah pada masa tu. Saya pula memang jarang ada kat bilik. Kami juga berlainan kursus pengajian.

"Dulu saya belajar sekolah antarabangsa. Tak ramai kawan Melayu. Saya fikir orang bertudung ni baik-baik.

Tapi tak semua macam tu. Ada je orang bertudung yang baik. Mungkin nasib saya jumpa yang tak baik.

BELLA

"Tapi tanggapan saya berubah lepas jumpa mereka. Mereka fikir orang tak bertudung ni jahat. Siapa mereka nak hakimi saya?

"Tapi tak semua macam tu. Ada je orang bertudung yang baik. Mungkin nasib saya jumpa yang tak baik," katanya lagi.

Menurut Bella, dia mengambil kisah itu sebagai satu iktibar dalam hidupnya untuk menjadi lebih kuat pada masa akan datang.

Dalam pada itu, perkongsian Bella sehingga kini menerima lebih 3,600 ulang kicau (Retweet).

Paparan skrin posting Bella di Twitter.

Malah, ramai netizen turut menghujani posting itu dengan komen-komen tersendiri.

"Tak boleh brain orang ambil duit tak minta izin ni. Dah besar pun macam ni.

"Simpati dengan apa yang berlaku. Harap kamu tidak akan berkawan lagi dengan orang macam tu.

"Kalau anak I buat perangai macam ni. I suruh ganti balik dua kali ganda," tulis beberapa pelayar Twitter.

Semoga perkongsian gadis ini menjadi pengajaran kepada semua pihak sama ada individu itu atau tidak, sikap hormat menghormati itu lebih penting daripada segala-galanya.

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain