“Semakan nama di website, 0 record found” - Isteri Da'i salah guna gelaran doktor? - Viral | mStar

“Semakan nama di website, 0 record found” - Isteri Da'i salah guna gelaran doktor?

Paparan skrin pesanan mesej dan juga akaun Instagram yang dikongsi di posting halaman Facebook tersebut.

SELEPAS kisah perkahwinannya terpalit kontroversi, kini wanita yang juga isteri kepada seorang pendakwah bebas sekali lagi kecoh diperkatakan di media sosial.

Terbaharu satu halaman Facebook muncul dengan pendedahan mengejutkan apabila wanita itu didakwa menyalahgunakan gelaran doktor (Dr).

Menerusi paparan skrin ruangan bio Instagram wanita itu di posting tersebut mendapati pengguna akaun drholis@wc mendakwa dirinya sebagai pakar neurologi.

Pendedahan di halaman Facebook Penolong Pegawai Perubatan pada malam Jumaat itu dibuat selepas kiriman mesej daripada seorang individu diterima berhubung status wanita tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Apa dah jadi? Da'i Farhan didakwa nikah janda anak lapan secara rahsia, isteri pertama pula sedang hamil

"Menerusi kiriman gambar yang diterima, wanita itu mengatakan bahawa dia adalah Neurologist yang mana di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Neurologist merujuk kepada pakar perubatan di bawah bidang Neurofisiologi yang mana merupakan bidang yang mengkaji bahagian otak, tulang belakang dan kajian saraf di dalam tubuh badan seorang manusia," demikian menurut posting itu.

Maklumat pada bio Instagram pengguna akaun tersebut sudah dipadamkan.

Namun menerusi pencarian di laman sesawang Majlis Perubatan Malaysia (MMC) nama wanita itu tiada dalam pangkalan data tersebut.

"Menerusi pencarian di dalam laman sesawang MMC di mana semua doktor perubatan bertauliah dan berdaftar dengan KKM akan terlihat perihal biodata mereka.

"Tetapi nama pengguna tersebut tiada di dalam database tersebut yang mana kemungkinan beliau menyamar atau menyalahgunakan title profesion di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Semakan nama di website MMC, 0 record found," katanya.

Menerusi kiriman gambar yang diterima, wanita itu mengatakan bahawa dia adalah Neurologist yang mana di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

FACEBOOK PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

Menurut posting itu lagi, perbuatan itu merupakan satu kesalahan di bawah Akta 774, Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 Undang Undang Malaysia.

Berdasarkan akta tersebut, individu yang melakukan kesalahan itu boleh didenda tidak melebih RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebih dua tahun atau kedua-duanya.

"Ia perkara serius yang perlu dititikberatkan kerana profesion di bawah KKM bukanlah perkara yang boleh dipandang enteng mereka terlibat secara langsung dalam memberikan rawatan dan menyelamatkan nyawa (dengan izinNya) manusia.

Maklumat berkaitan akta atas kesalahan menyamar sebagai pengamal perubatan berdaftar.

"Penyamaran atau Kesalahan Menggunakan Profesion Kesihatan di bawah KKM boleh memudaratkan kesihatan dan mengancam nyawa seseorang kerana dikhuatiri masyarakat akan mempercayai perkara yang mereka katakan dan lakukan yang bercanggah dengan “Standard Operating Procedure (SOP)” dan “Clinical Practice Guideline (CPG)” di bawah KKM," katanya.

Hasil penelitian mStar mendapati pemilik akaun itu sudah pun memadamkan maklumat pada bio Instagramnya.

Juara Da'i musim kedua, Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 29, merupakan salah seorang pengikut akaun Instagram tersebut.

neurologi , Instagram , KKM , MMC , salah guna , doktor

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain