suria

Rapper cilik mahu duet, jumpa MK - “Terkejut... tak sangka dapat lebih sejuta tontonan”

Video nyanyian rap Ivan menjadi tular di media sosial.

"BOLEH pergi jauh budak ni."

Begitulah kata-kata netizen yang kagum dengan nyanyian rap seorang kanak-kanak lelaki mempersembahkan lagu Haa Tepok yang dipopularkan MK (K-Clique) bersama MeerFly dan Kidd Santhe.

Video nyanyian rap Ivan Cheng, 11, itu tular selepas dikongsi sebuah page di Facebook dan mendapat lebih sejuta tontonan.

Viviz Willie, ibu kepada kanak-kanak yang berasal dari Tuaran,  Sabah itu berkata dia sendiri terkejut dengan kebolehan anak sulungnya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya rasa dia main redah je” - Ibu terkejut anak 'ah yeah ah yeah' atas pelamin, berangan Blackpink

ARTIKEL BERKAITAN: Budak baik dalam kelas buat cikgu terkejut... tuu dia MK cilik tunjuk bakat terpendam! - “Atas pentas terus nampak lain”

"Saya tak tahu pun dia pandai rap sampailah video ini dirakam. Bila tengok nyanyian dia memang saya terkejut.

MK (K-Clique).

"Saya perasaan dia memang minat lagu ni. Sejak lagu tu keluar dia jadi minat sangat dengan MK," katanya.

Jelas ibu muda itu lagi, anaknya itu hanya mengambil kurang seminggu untuk menghafal lirik lagu tersebut.

"Dia dengar kemudian hafal. Bukan mudah tapi dia hanya ambil masa kurang seminggu untuk hafal lagu tu.

Dia memang minat sangat dengan MK. Dia juga berharap nak rap sekali dan jumpa MK.

VIVIZ WILLIE.

Ibu Ivan Cheng.

"Pada masa sama saya pun bangga jugalah sebab dia ada berbakat sebagai penghibur," katanya.

Viviz berkata dia tidak menduga video nyanyian anaknya itu yang dimuat secara suka-suka di Facebooknya menjadi tular di media sosial.

Video nyanyian Ivan mendapat lebih 1 juta tontonan di sebuah page di Facebook.

"Pada awalnya saya saja-saja upload tapi tak sangka jadi viral. Ada beberapa page di Facebook yang keluarkan video tu.

"Saya terkejut bila ada satu page upload video tu dalam masa tujuh hari tapi dapat lebih sejuta view dan lebih 10,000 share," katanya.

Malah wanita etnik Kadazan Dusun itu berkata anaknya berharap agar dapat bertemu dan berduet dengan MK.

"Dia memang minat sangat dengan MK. Dia juga berharap nak rap sekali dan jumpa MK.

"Perkara itu sudah tentu sukar dipenuhi tetapi kalau dapat jumpa MK, saya anggap itu rezeki anak saya," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
nyanyi rap, Haa Tepok, MK, Ivan Cheng

Artikel Lain