suria

Budak baik dalam kelas buat cikgu terkejut... tuu dia MK cilik tunjuk bakat terpendam! - “Atas pentas terus nampak lain”

Rakaman persembahan Zulhaikal di sekolahnya baru-baru ini.

PERSEMBAHAN energetik murid tahun lima sebuah sekolah di Tawau, Sabah ternyata mencuri perhatian warga maya.

Dengan gaya bersahaja, Muhammad Zulhaikal Abd Hasim mempersembahkan lagu Haa Tepok yang dipopularkan oleh penyanyi rap MK (K-Clique) bersama MeerFly dan Kidd Santhe.

Video itu kemudiannya dikongsi gurunya, Elvyana Elsa sehingga menerima puluhan ribu tontonan di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru korus pertama dah ramai kerumun, ‘Ella cilik’ gegar Bazar Karat, “Ingatkan ahli baharu kumpulan busking”

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah kenal, dua pelanggan bikin panas... spontan ‘battle rap’ di kedai mamak

"Pada waktu itu ada program Sayangi Sekolah Kita. Saya jadi juri untuk acara karaoke yang mana ada 20 perserta mengambil bahagian.

"Zulhaikal ni tak daftar jadi peserta. Jadi dia buat persembahan sewaktu selingan acara itu.

Bakat terpendam, saya pun tak tahu. Dia ni budak baik, cerdas dan rajin buat kerja.

ELVYANA ELSA

"Bila dia nyanyi, ramai yang terkejut. Murid-murid lain pun hafal, semua pakat nyanyi. Sekarang kat sekolah orang panggil dia MK," ujar Elvyana sewaktu dihubungi mStar.

Menurut guru di Sekolah Kebangsaan Holy Trinity, Tawau itu, dia sendiri tidak menyangka Zulhaikal seorang yang berbakat besar.

Tambahnya, murid itu tidak pernah mempamerkan bakatnya sebelum ini sewaktu berada dalam bilik darjah.

Zuhaikal bersama gurunya, Cikgu Elvyana.

"Bakat terpendam, saya pun tak tahu. Dia ni budak baik, cerdas dan rajin buat kerja.

"Atas pentas terus nampak lain. Saya post video ni untuk ketengahkan bakat dia. Saya harap dapat reaksi positif dan biar MK notice," katanya lagi.

Selain karaoke, acara merentas desa dan gerai jualan turut diadakan bermula Khamis hingga Sabtu lalu.

Selain pertandingan karaoke, acara Sayangi Sekolah Kita pada Khamis hingga Sabtu lalu turut dimeriahkan dengan program merentas desa, bazar jualan dan banyak lagi.

Dalam pada itu, rata-rata pelayar Twitter turut memuji persembahan Zulhaikal tempoh hari.

MK merupakan anggota kumpulan K-Clique.

"Lantaklah orang nak kecam apa tapi adik ni pergh confidence dia.

"Cayalah! Hahaha biar betul tengok crowd dia macam mana," tulis beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain