Tak pernah kenal, dua pelanggan bikin panas... spontan ‘battle rap’ di kedai mamak - Viral | mStar

Tak pernah kenal, dua pelanggan bikin panas... spontan ‘battle rap’ di kedai mamak

Raziq atau Big Mok yang tular menerusi video rap freestyle.

AKSI rap freestyle melibatkan dua individu yang juga pelanggan sebuah kedai mamak di Gombak, Selangor ternyata menjadi perbualan hangat pelayar Twitter.

Biarpun saling tidak mengenali, dua pelanggan lelaki yang duduk di meja berasingan itu secara spontan berbalas rap sehingga video mereka menjadi tular dan menerima hampir 100,000 tontonan.

Menurut Muhammad Raziq Azha Syazri, 17, dia yang sering berkunjung ke lokasi itu terkejut sewaktu melihat seorang pelanggan di meja sebelah mengalunkan rap secara freestyle sebelum dia bertindak membalas semula, persis aksi rap battle sebenar.

ARTIKEL BERKAITAN: Gagal ujian, 2 remaja rap hafal subjek bahasa Arab sebelum 'repeat paper'...“Sambil baca kami nak hilangkan bosan”

ARTIKEL BERKAITAN:  Ramai yang ‘gila’, ada ulang dengar sampai 100 kali! ‘Bro suara radio’ tak mahu hanya jadi penghibur di beranda

"Saya memang selalu lepak kat situ. Masa tengah lepak, tengok meja sebelah buat freestyle. Sebelum ni saya seorang je yang selalu freestyle, buat bising kat kedai tu.

Posting tular berkenaan.

"Sebab tu saya terkejut tengok pelanggan meja sebelah buat freestyle. Mula-mula malu, lepas tu saya pun pasang speaker dan buat freestyle ikut beat. Lebih kurang sepuluh minit juga.

"Lepas tu dia dan kawan-kawan dia datang ke meja saya. Rupa-rupanya dia juga seorang rapper, nama dia Imran atau lebih dikenali sebagai StillAlive," ujarnya sewaktu dihubungi mStar.

Tak terfikir nak ceburi kerjaya dalam bidang ni, tapi saya nak dalami lagi industri dan budaya hip hop dan rap.

RAZIQ

Mesra disapa Raziq, dia mengakui sudah lama meminati muzik rap dan hip hop.

Malah, dia juga ada menghasilkan lagu sendiri sebagai koleksi peribadinya.

Raziq merupakan peminat Joe Flizzow.

"Sebenarnya dah lama minat, tapi tak adalah rasa yakin saya boleh rap pun. Saya dengar lagu Hip-Hop sejak umur 12 tahun, tapi tahun ni baru belajar rap.

"Saya ada kenal seorang kawan, dia underground rapper, dia yang banyak dedahkan pasal rap kepada saya.

"Saya ada juga rakam beberapa lagu. Yang betul-betul siap ada dua, lepas tu ada enam ke tujuh lagu lagi yang saya hasilkan," ujarnya yang meminati Joe Flizzow.

Bakal menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi, Rafiq yang turut menggelarkan dirinya sebagai Big Mok bagaimanapun masih belum pasti dengan hala tujunya dalam seni rap.

Selain rap, Raziq turut berkebolehan dalam mencipta lagu sendiri.

Mengulas video tularnya itu, Rafiq mengakui bersyukur dengan penerimaan orang ramai dan nekad untuk memperbaiki lagi mutu rapnya pada masa akan datang.

"Tak terfikir nak ceburi kerjaya dalam bidang ni, tapi saya nak dalami lagi industri dan budaya hip hop dan rap.

"Memang terkejut bila viral, apa-apa pun saya nak improve lagi," ujar anak sulung daripada tiga beradik itu.

Raziq bersama rakan-rakannya.

Dalam pada itu, rata-rata pelayar Twitter turut menghujani posting itu dan memuji kebolehan Rafiq serta seorang lagi rapper dalam video berkenaan.

Sehingga kini, posting itu turut dikongsi lebih 7,600 pelayar Twitter.

Artikel Lain

Hamidin dipilih presiden MFL baharu