suria

Seram bertukar lucu gara-gara pocong berdiri atas helmet abang motor, “Kurang ajar punya hantu”

Paparan skrin rakaman tular berkenaan.

KURANG ajar, nak menumpang tak kena gaya.

Demikian komen seorang netizen berhubung video seram penampakan kelibat seakan-akan pocong atau hantu bungkus yang berdiri di atas topi keledar seorang penunggang motosikal yang tular menerusi Facebook.

Video berdurasi 15 saat yang dimuat naik menerusi akaun facebook Abam Bell itu sehingga kini dikongsi lebih 3,600 kali dan menerima lebih 164,000 tontonan sejak Isnin lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Suara misteri nyanyi ‘berduet’ ketika lalu selekoh kubur, dua sahabat terus balik rumah... tak jadi makan tongkeng ayam

ARTIKEL BERKAITAN: Sendirian di ofis, jam 8.30 malam kerusi bergerak sendiri, "Saya letak cermin tapi asyik jatuh, bila letak kamera..."

"Nak tumpang naik motor. Tumpang la baik-baik. Ni berdiri atas helmet pula," tulis individu yang memuat naik rakaman tersebut.

Video itu dirakam oleh seorang pengguna jalan raya yang juga menaiki motosikal.

Sewaktu kejadian, individu tersebut berada di belakang motosikal lelaki berkenaan dan jelas kelihatan kelibat putih itu sedang berdiri di atas topi keledar yang dipakainya.

Benda ni penah berlaku weh dekat ex aku. Member dia nampak pontianak duduk atas kepala lepas diaorang balik lepak tengah malam.

NETIZEN

Dalam pada itu, posting video berkenaan turut dihujani dengan ratusan komen daripada netizen.

Selain menyatakan rasa seram, ada segelintir individu yang turut mempersoalkan kesahihan video berkenaan.

Malah, ramai yang turut berjenaka dan menyifatkan pocong tersebut sebagai biadab kerana berdiri di atas kepala penunggang motosikal berkenaan.

"Mungkin budak tu jumpa helmet bekas arwah tepi jalan tu kot. Budak tu terus ambil pakai tu yang dia mai nak tuntut balik tu.

"Bila pocong sekarang dah tak hormat manusia mana suka dia je nak landing.

Antara komen netizen.

"Eh pandai pula kau berdiri kat atas tu ya pocong. Ni mesti pocong stuntman masa dulu-dulu.

"Kurang ajar punya hantu. Boleh pulak dia naik atas helmet.

"Benda ni penah berlaku weh dekat ex aku. Member dia nampak pontianak duduk atas kepala lepas diaorang balik lepak tengah malam," tulis beberapa netizen.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan waktu serta lokasi sebenar rakaman melibatkan video pocong tular itu.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain