suria

Gagal ujian, 2 remaja rap hafal subjek bahasa Arab sebelum 'repeat paper'...“Sambil baca kami nak hilangkan bosan”

Aksi Amar dan Mat Yo yang menyanyi rap dalam bahasa Arab ternyata menarik perhatian ramai.

SETIAP individu mempunyai cara berbeza untuk mengulang kaji pelajaran.

Ada yang suka melukis peta minda, ada juga yang suka membuat nota kecil agar sesuatu subjek itu mudah untuk dihafal.

Namun, berbeza pula dengan dua pelajar di sebuah pusat pengajian asasi di Gambang, Pahang ini apabila menghafal subjek bahasa Arab menggunakan teknik nyanyian rap.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai yang ‘gila’, ada ulang dengar sampai 100 kali! ‘Bro suara radio’ tak mahu hanya jadi penghibur di beranda

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sia-sia buat 'show' atas katil sampai terpejam mata, netizen 'cair'... “meremang bulu roma oii

Video dua remaja lelaki berusia 18 tahun itu yang dimuat naik ke laman Twitter oleh rakan mereka ternyata mencuri tumpuan ramai.

Bercerita kepada mStar, Amar Muzaqeem Mohd Rozman mengakui mula meminati lagi-lagu berentak rap sejak di bangku sekolah menengah.

Kata Amar, dia mula meminati lagu berentak rap sejak berada di sekolah menengah.

Mesra disapa Amar, dia dan rakannya, Muhammad Aiman Farhan Ayob atau lebih dikenali sebagai Mat Yo sekadar membaca isi kandungan sebuah buku dalam bentuk nyanyian rap sebagai persediaan untuk menghadapi ujian bahasa Arab.

"Kami baru masuk belajar dalam sebulan, ada ujian bahasa Arab tapi kami gagal.

"Jadi kami dapat buku, kena ulang kaji buku tu, penghujung semester nanti akan ada ujian sekai lagi.

"Jadi malam tu, sambil baca kami nak hilangkan bosan. Kami rap isi kandungan buku tu," ujar Amar sewaktu dihubungi pada Sabtu.

Malam tu, selain buku bahasa Arab, kami juga rap subjek Kimia.

AMAR MUZAQEEM MOHD ROZMAN

Menurut anak kelahiran Klang, Selangor itu, video rap berkenaan dirakam secara suka-suka untuk disimpan sebagai kenangan zaman belajar sahaja.

Malah, dia sendiri tidak menyangka ia akan menarik perhatian ramai pelayar Twitter sehingga menjadi tular.

Mengulas kritikan segelintir individu yang menganggap dia dan Mat Yo seperti mempermainkan bahasa Arab, Amar ternyata tidak bersetuju.

Jelasnya, dia sekadar mengalunkan isi kandungan buku itu dalam bentuk rap dan ia langsung tidak berkaitan hal agama.

Bercerita mengenai rakan duetnya dalam video itu, Amar berkata dia mengenali remaja dari Pasir Gudang, Johor itu sewaktu minggu pertama pengajian mereka, baru-baru ini.

"Kami berlainan jurusan, tapi berkawan sejak minggu pertama. Dia pun selalu lepak kat bilik saya.

"Malam tu, selain buku bahasa Arab, kami juga rap subjek Kimia," ujar Amar lagi.

Dalam pada itu, video berkenaan sehingga kini menerima lebih 10,000 ulang kicau (Retweet).

Netizen turut meninggalkan komen mereka di bawah posting itu.

"Macam-macam lah. Aku dulu ustaz bagi lagu budak pun tak dapat words dia. Ulang-ulang sampai naik muak dengar," tulis @HaniBalqis99.

"Sedap doe rap korang. Tu Arab level berapa tu? All the best study Arab semoga naik level sem depan," tulis @kcrazypurple.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain