suria

Kakak terus jadi Wonder Women bila dengar jawapan abang pembuli adik - “Abah marah... dia tak ajar berkasar dengan orang”

Kakak seorang pelajar naik angin apabila adiknya yang berusia 9 tahun dibuli disekolah. Gambar hiasan.

KISAH buli di sekolah bukan cerita baharu tidak kira di peringkat tadika, sekolah rendah, menengah mahupun di institusi pengajian tinggi.

Sesetengah mangsa jarang berkongsi cerita mengenai dirinya menjadi mangsa buli kerana takut didera dengan lebih serius.

Namun siapa yang tidak marah kalau mangsa buli itu adik-beradik sendiri dan inilah yang berlaku kepada seorang kakak apabila berubah menjadi Wonder Women mempertahankan adiknya yang berusia sembilan tahun.

ARTIKEL BERKAITANNetizen geram mahu 'pijak' remaja buli warga tua... apa yang berlaku mengejutkan ramai

ARTIKEL BERKAITAN: Di sebalik video tular, ibu bapa panik lihat mangsa buli iras anak lelaki tunggal

Menurut perkongsian pengguna Twitter Shkn, dia tiba-tiba 'naik angin' apabila adiknya pulang ke rumah menangis-nangis akibat dibuli.

"Adik saya kena buli. Balik rumah dia menangis-nangis sebab kena pukul.

"Jadi saya heret adik bawa dia jumpa budak yang buli dia tu. Kebetulan ketika itu abang budak tu ada sama.

Shkn (depan) bersama adik-adiknya. Foto kredit: Twitter ShknMrzki

"Saya beritahu yang adik dia buli adik saya. Dia boleh cakap adiknya berlatih tomoi.

"Secara spontan saya lempang muka dia, lepas tu beritahu dia aku berlatih jadi cikgu disiplin," tulisnya di posting yang kini menjadi viral dengan lebih 16,000 ulang kicau.

Gara-gara posting tersebut, ramai netizen turut mengulang-kicau dan memberi pandangan masing-masing.

Jelas Shkn, dia tidak berniat kasar menampar abang kanak-kanak itu.

Secara spontan saya lempang mukanya kerana geram dengan jawapan yang dia bagi.

SHKN MRZKI

"Bukan nak 'eksyen' tetapi dia punya ayat buat saya sakit hati. Adik saya sampai tak mahu pergi sekolah sebab kena buli.

"Tetapi abah saya marah sebab saya lempang orang. Abah cakap dia tak ajar berkasar dengan orang.

"Selepas kejadian adik berani sikit pergi sekolah, abah saya ada jumpa dengan ibu bapa pelajar itu. Lepas tu kami jumpa cikgu sekolah," jelasnya.


Sebahagian daripada komen-komen terhadap posting Shkn.

Rata-rata pengguna Twitter memuji tindakan gadis ini yang berani mempertahankan adiknya yang dibuli.

Malah ada juga yang menyokong akan melakukan perkara yang sama jika berlaku kepada adik sendiri.

Tambah Shkn, dia bersyukur kerana insiden itu tidak berpanjangan dan selesai dengan cara elok.

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p

Artikel Berkaitan

Artikel Lain