suria

Baru korus pertama dah ramai kerumun, ‘Ella cilik’ gegar Bazar Karat, “Ingatkan ahli baharu kumpulan busking”

Paparan skrin rakaman tular berkenaan yang dimuat naik menerusi Twitter.

PERSEMBAHAN bersahaja seorang pengunjung cilik Bazar Karat, Johor Bahru yang mendendangkan lagu Belayar Tak Bertepian nyanyian asal Ella pantas menjadi perbualan hangat warga Twitter.

Selain dihujani pujian, video berkenaan turut menerima lebih 150,000 tontonan dan dikongsi lebih 10,000 pelayar Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai yang ‘gila’, ada ulang dengar sampai 100 kali! ‘Bro suara radio’ tak mahu hanya jadi penghibur di beranda

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sia-sia buat 'show' atas katil sampai terpejam mata, netizen 'cair'... “meremang bulu roma oii”

"Aku support adik ni, selamba badak je dia payung lagu Ella ni," tulis Mohammad Izzudin Mohd Nordin yang memuat naik video berkenaan ke Twitter miliknya pada Sabtu.

Mesra disapa Din, penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Pasir Gudang itu berkata, dia secara kebetulan menonton nyanyian kanak-kanak berkenanan sewaktu berkunjung ke lokasi itu bersama empat lagi rakannya.

"Saya kalau ada masa lapang, selalu lepak Bazar Karat dengan kawan-kawan, tengok orang busking, cari makanan.

Din gemar berjalan-jalan di sekitar Bazar Karat sekiranya berkelapangan.

"Masa tu tengah jalan-jalan, lepas tu dengar suara dia nyanyi. Ingatkan ahli baharu kumpulan busking. Tiba-tiba dia tarik lagu Ella, memang padu suara dia.

"Adik tu ditemani emak dan keluarga. Bila dia nyanyi, makin ramai pengunjung kat situ. Dia nyanyi tiga lagu, yang pertama saya tak pasti. Lepas tu dia nyanyi lagu Ella dan lagu Setelah Aku Kau Miliki nyanyian Shima," ujar Din sewaktu dihubungi mStar.

Saya rasa dia masih sekolah rendah. Masa dia nyanyi korus pertama pun dah tarik perhatian, memang orang kerumun dan tertumpu kat situ.

MUHAMMAD IZZUDIN MOHD NORDIN

Menurut Din yang juga penuntut bidang Kejuruteraan Sivil, dia yakin kanak-kanak perempuan berkenaan mempunyai potensi besar untuk menjadi penyanyi dan beranggapan bakatnya tidak patut dipersiakan.

"Bila saya tengok dia nyanyi lagu Ella, saya rasa dia bagus. Bakatnya perlu diasah lagi.

"Saya rasa dia masih sekolah rendah. Masa dia nyanyi korus pertama pun dah tarik perhatian, memang orang kerumun dan tertumpu kat situ," ujar Din lagi.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut meninggalkan komen mereka menerusi posting berkenaan.

"Part dia tarik tu sebijik suara Ella bhai," tulis @lizaayunus.

"Bukan senang nak tarik panjang lagu ni, ku belayar di lautan," tulis @aimanemay.

"Aku dulu time kecil selalu juga karaoke lagu lagu Ella sebab mak aku. Mesti budak ni pun sama hahaha," tulis @chajuseyo pula.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain