suria

“Jatuh sekali, aku bangun tiga kali” - Tak sia-sia promo diri di media sosial, lelaki ini terus ‘dirisik’ 8 syarikat

Resume kreatif milik Faiz yang tular di Twitter.

KESUKARAN mencari pekerjaan menyebabkan ramai anak muda di negara ini tampil dengan alternatif baharu untuk menarik perhatian majikan.

Selain membuat permohonan kerja melalui saluran rasmi sesebuah organisasi, mereka juga kerap mengiklankan diri menerusi media sosial.

Tampil dengan kelainan, seorang pemuda memuat naik resume kreatif miliknya yang dihasilkan dengan konsep paparan antara muka (interface) platform media sosial Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 100 'Resume' Lamar Ervan Rizuan

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sia-sia 'perigi cari timba'! Penganggur dapat banyak lamaran luar negara selepas idea 'rare' iklan diri

Selain dikongsi lebih 4,400 kali oleh pelayar Twitter, resume milik Muhamad Faiz Abd Razak itu turut menarik perhatian beberapa syarikat di negara ini.

Sejak Jumaat lalu, jejaka berusia 25 tahun yang mesra disapa Faiz itu sudah 'dirisik' oleh lapan syarikat.

Resume milik Faiz yang menarik perhatian ramai di Twitter.

"Saya memang tengah cari kerja, saya dah hampir setahun dengan pekerjaan sekarang sebagai Pegawai IT. Saya nak cuba kembangkan kerjaya di tempat lain.

"Idea untuk buat resume konsep Twitter tu sebab selalu tengok orang tweet nak cari kerja, saya pula memang part time buat rekaan grafik.

"Ada dalam lapan syarikat approach, tengah tengok tawaran yang sesuai. Tapi saya taklah tergesa-gesa nak tukar kerja pun," ujarnya sewaktu dihubungi mStar.

Saya berpegang kepada lirik lagu Bangun nyanyian Aman Ra, kalau jatuh sekali aku bangun tiga kali. Kita juga kena ada nilai tambah, termasuklah keupayaan komunikasi dengan rakan sekerja.

MUHAMAD FAIZ ABD RAZAK

Menurut bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu, dia kini mahu mengubah haluan kerjaya dan ingin berkecimpung sebagai eksekutif media sosial.

Malah, dia menyifatkan penularan resume berkenaan sebagai satu sumber rezeki yang tidak terjangka buat dirinya.

"Selain syarikat-syarikat tu, ada juga yang hubungi untuk dapatkan khidmat rekaan grafik selepas resume tu viral.

Antara rekaan logo dan kad undangan perkahwinan yang pernah dihasilkan oleh  Faiz.

"Rezeki, memang sebelum ni ada juga buat promosi, tapi tak jangka pula jadi macam ni. Selain itu, ada juga yang minta buat resume," ujarnya.

Mengulas kesukaran anak muda zaman sekarang dalam mendapatkan pekerjaan, Faiz ternyata mempunyai pendapat tersendiri.

Katanya, biar apa pun yang berlaku, kita haruslah kenal diri sendiri dan tahu kebolehan diri yang boleh ditawarkan kepada majikan.

Reaksi pelayar Twitter mengenai resume kreatif milik Faiz.

"Sebenarnya tak adil untuk cakap susah atau senang nak cari kerja pada zaman sekarang. Kita kenal diri sendiri. Tahu apa yang kita boleh tawarkan.

"Saya berpegang kepada lirik lagu Bangun nyanyian Aman Ra, kalau jatuh sekali aku bangun tiga kali.

"Kita juga kena ada nilai tambah, termasuklah keupayaan komunikasi dengan rakan sekerja. Kalau kita bagus kat tempat kerja, tapi tak pandai bersosial, susah juga," katanya lagi.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain