suria

Graduan terharu, 2 insan istimewa hadir pada majlis konvokesyen selepas 10 tahun bercerai.... paling tersentuh baca komen bapa di Instagram!

Ibu Azfar turut hadir ke Majlis Konvokesyen Universiti Kuala Lumpur pada Isnin bagi meraikan kejayaan anak sulungnya.

UMUM mengetahui terdapat cabaran besar yang perlu ditempuhi ibu bapa moden hari ini dalam mengimbangi hal kerja dan tanggungjawab menguruskan keluarga.

Andai gagal membuat pertimbangan sewajarnya, maka rumahtangga yang dibina atas rasa cinta pasti akan berantakan dan lebih teruk jika tidak dapat diselamatkan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak kuat nak naik pentas” - Sayu, isteri dedah suami berahsia sambung master sebab ‘takut malu’, meninggal selepas 4 hari disahkan kanser

Tular satu posting yang dimuat naik oleh seorang lelaki di Twitter miliknya dengan kapsyen, 'Betul, ia amat sukar apabila kamu datang dari keluarga yang berantakan, tapi tak apa setiap yang berlaku tu semua ada hikmahnya. Dan Allah dah rancangkan jalan yang terbaik. Saya sayang mama dan babah. Ini untuk kamu, yang selalu sokong walaupun tak sebumbung'.

Posting tersebut dimuatnaik oleh Muhammad Azfar Herisyam,21, pada Selasa, mendapat perhatian ramai dengan meraih kira-kira 1,200 ulang kicau (retweet) dan 3,600 suka (like).

Kental hati seorang ibu, membesarkan empat anak sendirian.

Menurut graduan Diploma Multimedia ini, pada mulanya sukar untuk dirinya menerima hakikat bahawa hubungan ibu dan bapanya telah berakhir dengan mereka mengikut haluan masing-masing. Malah dia juga sedar bahawa dia bakal berkongsi bapa serta mempunyai keluarga baharu.

"Terima kasih mama dan babah sebab selalu sokong dan jadi tulang belakang saya. Datang dari keluarga yang berantakan sebenarnya bukanlah mudah untuk tangani sedih, rasa kosong, rasa cemburu dan rasa kekurangan dari segi kasih sayang, bukan senang nak hadapi dan nak terima hakikat pada mulanya.

"Bayangkahlah, beratnya rasa dulu bila tengok dekat rumah kekurangan satu ahli keluarga, rasa kosong, rasa pelik, eh mana ayah aku? Rindu nak kena marah dengan babah, rindunya nak bergurau dengan babah dalam rumah, rindu nak kena rotan," luah graduan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) ini.

Azfar berkata perkara ini hanya dirasainya dek kerana adik-adik yang lain masih kecil dan mereka tidak faham apa yang berlaku.

Malahan dia mengakui penceraian kedua ibu bapanya sekitar 10 tahun yang lalu masih memberi kesan dan rasa kosong dalam dirinya dirasai sehingga kini.

Mula-mula dulu selalu berdoa dan tak boleh terima hakikat. Ya Allah, kenapa mama dengan babah perlu berpisah, kenapa aku diberikan dugaan yang sebenar ini, aku kosong ya Allah.

MUHAMMAD AZFAR HERISYAM

PELAJAR UNIKL

Merupakan anak sulung daripada empat beradik, Azfar kini perlu menggalas tanggungjawab lebih besar dalam menjadi ketua keluarga buat ibu serta adik-adiknya.

"Sekarang tanggungjawab saya jadi lagi berat sebab jadi ketua keluarga untuk mama dan adik-adik, lagi-lagi ada seorang adik istimewa ni, beratkan? Tapi tak apa, saya kena kuat sebab mama lagi kuat hadapi semua dugaan membesarkan kami semua.

"Mula-mula dulu selalu berdoa dan tak boleh terima hakikat. Ya Allah, kenapa mama dengan babah perlu berpisah, kenapa aku diberikan dugaan yang sebesar ini, aku kosong ya Allah," luah Azfar yang cekal menghadapi ujian ini.

Bagaimanapun dia gembira kerana kedua ibu bapanya hadir pada hari konvokesyennya yang berlangsung pada Isnin bagi meraikan kejayaan anak sulung mereka.

Azfar yang kini tinggal di Bukit Jalil, Kuala Lumpur berkata sejujurnya dia mencemburui rakan-rakannya yang lain apabila bergambar bersama keluarga sedangkan keluarganya tidak lagi seperti dahulu.

Bapanya turut hadir ke majlis konvokesyen bagi meraikan kejayaannya.

Walaupun demikian dia akhirnya bersyukur serta percaya akan hikmah di sebalik semua yang terjadi malah kini, Azfar turut mempunyai sebuah keluarga besar yang terdiri daripada ibu, ayah, adik-adik, serta keluarga tirinya tanpa sebarang masalah.

"Aku ada mama dan adik-adik, aku ada babah, aunty dan juga adik baru Riqz. Aku ada dua keluarga, boleh tidur di dua rumah. Kalau rindu babah boleh tidur rumah babah. Sekarang kami bahagia walaupun tak selalu jumpa," kata Azfar dan berjanji akan jadi yang terbaik buat kedua ibu bapanya.

Selain itu, Azfar juga meluahkan rasa sedih yang terbuku dalam hatinya menerusi satu posting yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya. Malah bapanya, Herisyam, 45, turut meninggalkan komen mendoakan yang terbaik serta kejayaan buat Azfar.

Doakan serta kata-kata positif daripada ayah Azfar.

"Assalam, jodoh dan ajal datangnya dari Allah... Allah la sebaik-baik perancang. Setiap aturannya ada kebaikan. Apa yang kita lalui jadikan kenangan manis dan pahit bersama... babah... aunty... mama dan adik-adik sentiasa berada di belakang Azfar. Kami semua sayang dan menyokong kejayaan Azfar tanpa berbelah bagi. 

"Selagi babah bernyawa, babah akan isikan setiap kekosongan pada Azfar untuk kejayaan Azfar. Tanggungjawab kami sebagai ibu bapa untuk melihat anak-anak semua berjaya dan menjadi anak yang soleh dan solehah. Babah doakan agar Azfar lebih cemerlang dalam pelajaran dan menjadi seseorang yang berjaya satu hari nanti. InshaAllah," komen yang ditinggalkan ayahnya menerusi ruangan komen pada posting tersebut.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain