suria

Kasihan uncle... bergelut dengan perompak siap minta tolong, tapi orang sekeling hanya tonton dan rakam!

Video dalam laman Facebook We Are Malaysians itu memaparkan seorang lelaki bergelut dengan dua lelaki sementara orang sekeliling hanya melihat tanpa berbuat apa-apa.

MANA sifat prihatin?

Itulah persoalan yang boleh diajukan apabila melihat satu klip video yang memaparkan seorang lelaki bergelut melawan peragut sementara orang ramai hanya menyaksikannya tanpa menghulurkan pertolongan.

Menerusi klip video berdurasi 30 saat yang dimuatnaik dalam laman Facebook We Are Malaysians, lelaki berkenaan kelihatan terbaring di atas jalan sambil cuba mempertahankan barang miliknya daripada diragut dua lelaki tidak dikenali.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas lawan tarik beg dengan peragut sampai masuk wad kecemasan, wanita ini baru tahu dia sedang hamil... ini pesanannya buat lelaki berjaket hitam! 

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak jelas! Youtuber tak sengaja rakam kes ragut depan mata, "Mangsa tak terkata apa, orang lain nampak jaket dan helmet sama" 

Mlaangnya, ketika kejadian, orang ramai yang berada di sekitar kawasan tersebut hanya mampu melihat tanpa berbuat apa-apa, walaupun lelaki tersebut meminta tolong berkali-kali.

Hanya selepas kedua-dua peragut berkenaan beredar, barulah kelihatan beberapa orang menghampiri lelaki berkenaan.

Antara komen netizen yang mengecam sikap tidak prihatin orang awam. 

Difahamkan, kejadian berlaku berhadapan dengan restoran makanan segera KFC Taman Pertama, Cheras, pada Rabu lalu.

Posting berkenaan mengundang kemarahan netizen yang mempertikaikan sikap orang sekeliling yang langsung tidak melakukan apa-apa untuk membantu mangsa.

Malah netizen turut mempertikaikan tindakan individu yang merakam video berkenaan.

“Kawan dah minta tolong tu, kenapa tengok sahaja. Ingat babak drama ke B****?” tulis Mohd Razin Affan.

“Lepas ni senang la nak merompak. Sebab dah tahu, ramai orang pun bukan mereka boleh buat apa,” tulis Ezuan Ruzi pula.

Sehingga kini video berkenaan mendapat lebih 1,000 perkongsian selain dihujani ratusan komen netizen. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
ragut, Taman Pertama, KFC

Artikel Lain