suria

“Tak payah tegur, kunci pintu rumah!” - Nah... Idea ‘kasar’ buat isteri yang tawar hati, buntu suami asyik lepak sampai pagi

Luahan wanita itu menerima pelbagai respon netizen di Twitter.

ISTERI mana yang tidak sedih seandainya diabaikan oleh suami sendiri?

Begitulah luahan hati wanita ini yang mengakui kesal dengan sikap suaminya.

Kata wanita itu, dia sudah tawar hati dengan suaminya biarpun usia perkahwinan baru menjengah dua tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: “Pukul 2 pagi saya tengok gambar dia dengan ‘perempuan’ tu” - Suami dapat habuan sakat isteri hamil 4 bulan

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu tinggal 2 anak, isteri sarat hamil di rumah... suami suka keluar malam dapat pengajaran, satu hari terdetik nak balik awal - “Rasa macam tak berguna jadi ayah”

"So saya nak tanya macam mana ya nak handle kalau dapat suami asyik melepak sampai pukul 3 hingga 5 pagi setiap hari?

"Saya dah tak tahu nak buat apa dah, tiap kali saya cakap dengan dia, kami pasti bergaduh," luah wanita itu.

Saya sayangkan dia tapi saya dah mula tawar hati dengan perangai dia yang endah tak endah dekat saya dan anak.

ISTERI MALANG

Katanya, dia sayangkan perkahwinan itu kerana mereka sudah mempunyai seorang cahaya mata.

Namun, sikap endah tak endah lelaki berkenaan menyebabkan dia mula meragui hubungan mereka.

"Saya sayangkan dia tapi saya dah mula tawar hati dengan perangai dia yang endah tak endah dekat saya dan anak.

"Boleh tak bagi pendapat untuk saya or bagi saya semangat untuk terus sabar dengan perangai suami saya ni," katanya lagi.

Sebahagian luahan itu yang dikongsi di Twitter @twt_cinta.

Luahan hati wanita itu dikongsi menerusi Twitter @twt_cinta dan ia menerima pelbagai respon netizen.

Kata seorang individu, lelaki berkenaan harus sedar akan tanggungjawabnya memandangkan dia sudah beristeri dan mempunyai anak.

Malah, ada yang memberi nasihat agar dia lebih pandai membahagikan masa antara keluarga dan rakan-rakan.

"Sepatutnya kalau dia dah kahwin, mindset dia kena ubah. Totally change. Tak salah melepak, tapi manage your time.

"Tak payah tegur. Kunci pintu. Bagi dia tidur kat luar. Suami I kena sekali je then lepas tu nak lepak balik lewat kalau I tak bagi dia takkan keluar.

"Tiap-tiap hari? Serius?? Tak kerja ke apa dia. Kalau seminggu sekali OK la," tulis beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
suami, lepak, tawar hati, perkahwinan

Artikel Lain