“Ketika jalan terima skrol, fikiran dan jiwa saya sangat kosong” - Bapa graduan meninggal ‘tak sedar’ apa dilakukannya selepas turun pentas - Viral | mStar

“Ketika jalan terima skrol, fikiran dan jiwa saya sangat kosong” - Bapa graduan meninggal ‘tak sedar’ apa dilakukannya selepas turun pentas

Mazlan dijemput menerima skrol pengajian anaknya Allahyarham Aina Fatin Najwa (gambar kecil dua dari kanan) pada Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-91 UiTM Cawangan Melaka Rabu lalu.

"DOA-doa mereka semua adalah ketenangan buat arwah dan kami sekeluarga," demikian kata Mazlan Mat Jadi.

Bapa kepada graduan Allahyarham Aina Fatin Najwa ini mencuri perhatian apabila tampil mewakili anak bongsunya yang meninggal dunia November tahun lalu akibat demam denggi.

Lebih kurang setahun sudah berlalu, namun bagi Mazlan sekeluarga kehilangan anaknya yang berusia 20 tahun itu adalah satu ujian berat yang dirasakan seperti baru berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar tak teruja hadir konvo, tapi “Saya hadiahkan mereka Anugerah Naib Canselor”

ARTIKEL BERKAITAN: “Ah sudah habislah aku” - Lulus diploma tapi 'gagal' sifir, pelajar gugup dua kali kira Pro Cancelor kata 'salah juga'!

Menurut pesara jurutera berusia 55 tahun ini, hakikatnya dia tidak kuat seperti yang dilihat umum walaupun hadir menerima diploma pengajian untuk arwah anaknya itu.

"Dia seorang yang istimewa berbanding kakak serta abangnya kerana sejak kecil lagi dia tidak pernah berpisah dengan saya dan ibunya, Norazian Ahmad.

Mazlan (dua, kiri) dan  isterinya Norazian selepas menerima skrol Diploma Pengurusan Hotel dan Pelancongan milik arwah anaknya Rabu lalu.

"Abang dan kakaknya pergi ke sekolah asrama penuh, jadi tinggallah dia dengan kami dan hubungan jadi sangat rapat.

"Pertama kali dia tinggal berjauhan ketika menyambung pengajiannya dalam bidang Diploma Pengurusan Pelancongan di UiTM, Lendu, Melaka.

"Apabila dia meninggal dunia tahun lalu, kami sekeluarga sangat merasai kehilangannya. Memang apa yang berlaku ini sudah tertulis dan kami semua meredai pemergiannya," kongsi Mazlan bersama mStar.

Jelas Mazlan yang tinggal di Tanjung Agas di Muar, Johor, dia sekeluarga tidak menjangka pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) sanggup mengadakan majlis khas untuk arwah anaknya.

Ketika istiadat berlangsung, hati saya tertanya-tanya kenapa pasang lagu sedih. Rupa-rupanya ia untuk 'tribute' arwah Aina Fatin Najwa.

MAZLAN MAT JADI

Bapa Allahyarham Aina Fatin Najwa

"Pihak UiTM tetap mengiktirafkan anak saya dengan memberi skrol yang sangat bermakna buat kami walaupun hanya 95 peratus pengajian keseluruhan yang anak saya habiskan.

"Saya menganggap ini satu penghargaan besar buat kami sekeluarga. Pada mulanya saya jangka hanya akan menerima skrol di pejabat atau secara 'offline' sahaja, tetapi rupanya ada majlis istimewa khas untuk arwah.

"Kami dilayan seperti VIP, malah dapat berjumpa secara peribadi dengan Naib Cancelor UiTM Profesor Emeritus Ir Dr Mohd Azraai Kassim.

"Ketika istiadat berlangsung, hati saya tertanya-tanya kenapa pasang lagu sedih. Rupa-rupanya majlis itu untuk tribute arwah Aina Fatin Najwa. Hati saya mula sebak.

"Ketika berjalan naik ke pentas untuk menerima skrol, fikiran dan jiwa saya berasa sangat kosong. Rasa sebak tetapi saya cuba kuatkan dan apabila turun dari pentas itu, saya tidak sedar memeluk skrol arwah," luahnya sayu.

Tambah Mazlan, situasi majlis itu telah dirakam oleh pensyarah-pensyarah yang hadir dan dikongsi oleh anak keduanya, Ain Dzarah Nafisah yang kini sedang menyambung pengajian di peringkat sarjana di UiTM Shah Alam.

"Anak kedua saya berkongsi di media sosialnya dan telah menjadi viral. Saya sebenarnya tidak sangka kerana ramai yang ulang kicau video itu.

"Rata-rata mereka terharu dengan situasi di istiadat konvo itu. Tetapi apa yang penting bagi saya doa-doa mereka semua adalah ketenangan buat kami sekeluarga menerima hakikat bahawa Aina Fatin Najwa sudah tiada.

"Kenangan ini akan kami simpan sampai bila-bila," jelasnya.

Bapa , sebak , konvo , arwah anak

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain