suria

Budak pakai lampin hisap vape jadi bahan lawak, doktor persoal respons publik – “Adakah kita mahu perkara ini dianggap biasa?”

Tangkapan skrin video seorang kanak-kanak menghisap vape.

SEBUAH video memperlihatkan seorang kanak-kanak menghisap rokok elektronik atau vape menggemparkan warganet hingga ia disifatkan sebagai satu tindakan melampau.

Menerusi video berdurasi 20 saat itu, kanak-kanak lelaki yang hanya memakai lampin dengan selamba menghisap peranti tersebut berulang kali.

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah perokok terpampang di skrin gergasi stadium, kata Syed Saddiq “Hormati hak orang lain untuk tidak mati awal...”

ARTIKEL BERKAITAN: Iklan Vape Lucah, Syarikat Mohon Maaf

ARTIKEL BERKAITAN: Stres jerebu disamakan hembus asap rokok di kedai mamak – “Lagi pelik, perokok pakai topeng muka”

Video itu dikongsikan oleh seorang doktor, Dr Khairul Hafidz Alkhair Khairul Amin di laman sosial Twitter yang kesal dengan insiden berkenaan.

“Ini merupakan satu kejadian yang menyedihkan. Adakah kita mahu perkara seperti ini dianggap perkara biasa? 

“Adakah kita mahu mempertaruhkan masa depan mereka? Sayangi keluarga kita.. sayangi anak-anak kita,” menurut perkongsiannya di laman Twitter khairul_hafidz dengan tanda pagar #stopvaping (berhenti menghisap vape) dan #stopsmoking (berhenti menghisap rokok).

Perkongsian video oleh Dr Khairul meraih perhatian warganet.

Namun tidak dipastikan bila dan di mana video tersebut dirakamkan, tetapi ia jelas mengundang kemarahan warganet dan mengkritik mengenai sikap segelintir individu yang menjadikan video tersebut sebagai bahan lawak.

Setakat ini, video yang dikongsikan oleh Dr Khairul itu meraih lebih 185,000 tontonan dan diulang kicau lebih 4,300 kali.

“Trend ke apa ni? Post video bagi anak merokok. Tak fahamlah mereka ni tak ada akal ke apa. Jangan orang buat awak pun ikut nak viral sama. Kaji dulu baik buruk bukan cari publisiti murahan,” tulis seorang warganet.

“Jujurnya, ramai anggap benda ni lawak. Lawaklah kalau budak tu dah menderita dengan paru-paru rosak ke apa. Lepas tu gelaklah lagi untuk sesiapa yang rasa benda macam ni lawak,” kata seorang pemuda dengan nada berang.

Segelintir warganet menjadikan video vape yang tular sebagai bahan lawak. Gambar sekadar hiasan

“Tak ada susu sangat dah ke kat dunia ni,” menurut komen warganet yang merujuk pada usia sebaya kanak-kanak itu, mereka biasanya diberikan minuman susu.

“Tak tahu lah pada ibu bapa anak ni, dia bangga kot bila anak dia lebih cepat pandai guna benda alah ni daripada anak-anak yang sebaya dengan anak dia,” ujar yang lain.

Melihat pengaruh vape kepada orang muda, saya fikir kementerian perlu proaktif untuk mengekang isu ini. Ia merupakan isu kesihatan yang melibatkan anak mud

DR KHAIRUL

Dr Khairul yang juga merupakan Pengerusi MedTweetMy turut berkongsi di laman sosialnya mengenai kajian terkini bahawa vape merupakan punca penyakit kanser.

Berdasarkan kajian tersebut, saintis menunjukkan vape boleh menyebabkan tikus menghidap kanser paru-paru dan hiperplasia pundi kencing.

“Vape berpotensi untuk menjadi punca kanser manusia,” memetik satu kajian.

Antara komen warganet berhubung video yang tular.

Menurut Dr Khairul, semakin banyak bukti saintifik berkenaan dengan vape yang memberi kesan terhadap kesihatan.

“Melihat pengaruh vape kepada orang muda, saya fikir kementerian perlu proaktif untuk mengekang isu ini. Ia merupakan isu kesihatan yang melibatkan anak muda,” katanya.

Dilaporkan, Kementerian Kesihatan akan membentangkan akta baharu berkaitan penggunaan tembakau, vape, rokok elektronik dan shisha di Parlimen selewat-lewatnya pada persidangan sesi Mac depan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kementeriannya ketika ini pada fasa akhir penelitian untuk menggubal akta berkenaan yang disifatkan lebih menyeluruh dan dapat menangani pelbagai isu terkini.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain