Panggil Permaisuri Agong ‘Che Minah’, ‘adik’ akui tindakan spontan - “Suami kata kalau saya teruja sangat, nampak macam adik-adik” - Viral | mStar

Panggil Permaisuri Agong ‘Che Minah’, ‘adik’ akui tindakan spontan - “Suami kata kalau saya teruja sangat, nampak macam adik-adik”

(kiri) Tunku Azizah bersama Tengku Puteri Jihan sewaktu menaiki kereta 'buggy' semasa berkenan melepaskan peserta larian santai KL Pink October Walk 2019 di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Sabtu.

TULISAN Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di laman Twitter sentiasa mencuit hati warganet.

Terbaharu, tulisan Tunku Azizah mencuri perhatian sehingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warganet mengenai siapakah gerangan yang dimaksudkan baginda.

“Yang seloro (bergurau) pagi tadi, ada adik jual makanan, lambai-lambai dan panggil saya ‘Che Minah’... saya fikir ia comel dan cool!” tweet Tunku Azizah pada petang Sabtu, merujuk kepada nama akaun Twitter baginda, @cheminahsayang.

ARTIKEL BERKAITAN: Comelnya! Tunku Azizah singgah kedai tepi jalan tanya mi bandung, siap ada permintaan - “Janji tau, ambil nombor telefon dia”

ARTIKEL BERKAITAN: Tunku Azizah komen mi bandung Sg Lembing paling sedap di dunia, tauke kedai buntu... macam mana nak kongsi resepi ni?

Tunku Azizah berkongsi pengalamannya itu semasa berkenan melepaskan peserta larian santai KL Pink October Walk 2019 di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pagi Sabtu. 

Twit Tunku Azizah menerusi akaun Twitter @cheminahsayang mencuit hati warganet.

Misteri ‘adik’ itu kemudian terjawab apabila seorang pengguna Twitter, @lanxxafame berkongsi klip video menerusi aplikasi Instagram milik rakannya, menunjukkan Tunku Azizah bersama anakanda, Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Atiyatullah menaiki kereta buggy di majlis itu sebelum kendengaran suara comel memanggil ‘Che Minah’.

Namun, apa yang dikagumi oleh warganet apabila Tunku Azizah yang ketika itu sedang bersalaman dengan rakyat sempat berpaling dengan wajah yang ceria ke arah pemilik suara berkenaan.

Bercakap kepada mStar, pemilik suara comel tersebut berkata, dia tidak menyangka video tersebut menjadi tular selepas dikongsikan oleh rakannya kerana tidak mempunyai akaun Twitter.

Tunku Azizah (dua, kiri) berkenan menyertai larian santai 'KL Pink October Walk 2019' di Hospital Kuala Lumpur pada Sabtu. Foto Bernama

Hanya mahu dikenali sebagai Mira Mokhtar dia memberitahu mengetahui nama akaun Twitter milik Tunku Azizah menerusi platform media sosial lain.

“Saya tak ada akaun Twitter, jadi tak tahu fasal tweet Tuanku sebut saya panggil Che Minah tu. Terkejut juga saya, tak sangka Tuanku seorang yang sporting.

“Saya rasa nama akaun Twitter Tuanku tu comel, dan saya tahu Tuanku seorang Raja Permaisuri Agong yang amat disenangi rakyat. 

“Masa tu saya bekerja di salah sebuah trak makanan. Apabila nampak Tuanku melalui hadapan trak makanan kami membuatkan saya cukup teruja,” katanya kepada mStar.

Tunku Azizah (empat, kanan) dan Tengku Puteri Jihan (tiga, kanan) berkenan bergambar sempena larian santai 'KL Pink October Walk 2019' di Hospital Kuala Lumpur. Turut sama Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (dua, kanan) dan Pengerusi Jawatankuasa 'KL Pink October 2019', Dr Ros Suzanna Ahmad Bustamam (depan tiga, kiri). Foto Bernama

Bagaimanapun Mira yang digelar ‘adik’ oleh Tunku Azizah itu sebenarnya berusia 30 tahun dan menjelaskan suaranya kendengaran seperti kanak-kanak kerana teruja.

“Saya bukanlah seorang yang manja tapi ceria. Tapi, suami kata kalau saya teruja sangat, memang nampak saya ni macam adik-adik,” katanya secara berseloroh.

Kalau ada mana-mana pihak yang terguris hati dengan tindakan saya yang tidak disengajakan itu, saya berharap ia tidak menjadi salah faham atau mengambilnya secara serius kerana saya sebagai rakyat amat menghormati Tuanku

MIRA MOKHTAR

Eksekutif yang berasal dari Johor Bahru, Johor itu bagaimanapun menjelaskan pada awalnya dia hanya mahu membuat rakaman kehadiran Tunku Azizah kerana tidak mahu melepaskan peluang keemasan tersebut.

“Saya akui tak sepatutnya panggil Tuanku dengan panggilan Che Minah, tapi keterujaan yang teramat sangat tu membuatkan saya secara spontan panggil nama tu.

“Kalau ada mana-mana pihak yang terguris hati dengan tindakan saya yang tidak disengajakan itu, saya berharap ia tidak menjadi salah faham atau mengambilnya secara serius kerana saya sebagai rakyat amat menghormati Tuanku,” ujar Mira.

Aksi mencuit hati Tunku Azizah berkenan bergambar bersama Tengku Puteri Jihan  sempena larian santai 'KL Pink October Walk 2019'. Foto twitter @cheminahsayang

Pengalaman yang singkat pada Sabtu itu ternyata menggembirakan Mira kerana akhirnya dapat berpeluang untuk bertemu dengan Tunku Azizah.

“Sampai sekarang saya masih tak percaya dapat tengok sendiri Tuanku walaupun dari jarak jauh. Syukur saya dapat peluang yang amat berharga ni.

“Andai kata saya tahu saya berpeluang bertemu dengan Tuanku lagi pada masa akan datang, saya akan sediakan pulut kuning tanda keterujaan saya,” katanya.

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain