suria

“Tahniah ustaz menang di mahkamah dunia” – Ibu kecewa tiada keadilan kes anak dicabul selepas 3 tahun berjuang

Seorang ibu meluahkan rasa kecewa kerana perjuangannya untuk mengheret pelaku jenayah seksual anaknya ke muka pengadila tidak kesampaian.

“MAAFKAN aku. Aku dah cuba dan aku kalah. Aku gagal,” tulis seorang ibu yang meluahkan rasa kecewa selepas perjuangan mendapatkan pembelaan untuk anak lelakinya yang didakwa menjadi mangsa cabul akhirnya ternoktah.

Dalam satu nukilan di Facebook, ibu berkenaan berkata dia dan keluarganya sudah cuba sedaya upaya berjuang agar pelaku, yang didakwanya merupakan ahli keluarga seorang ustaz terkenal, diheret ke muka pengadilan untuk menerima hukuman setimpal di atas jenayah seksual yang didakwa dilakukannya.

Bagaimanapun, usaha tersebut gagal selepas mahkamah memutuskan tiada pendakwaan untuk kes berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki gila seks tak pernah serik, dua kali berdiri depan kereta gadis yang sama ‘merelakan’ aksi tak senonoh dirakam - “Dia buat dek je...” 

ARTIKEL BERKAITAN: Gigih menyelit, rupa-rupanya mat motor ada plan baik punya! Wanita terkedu tengok lelaki gila seks sebelah pintu kereta 

“Pada 7 Ogos 2019 tempoh hari Majistret Tuan Afifi telah meneliti kes kami dan mendapati ada asas untuk pendakwaan. Jadi pihak mahkamah telah menghantar surat kepada Pejabat Pendakwaraya Negeri Perak untuk mengetahui alasan beliau kenapa kes ini dia tutup sebanyak dua kali.

“Pada 14 Oktober 2019 kami menghadap semula majistret yang sama dan beliau maklumkan timbalan pendakwaraya tak datang dan hanya dengan mewakilkan surat yang menyatakan siasatan telahpun dilakukan sebelum ini dan membuat keputusan tiada pendakwaan,”tulisnya. 

Menerusi posting sama, ibu ini turut menulis ‘ucapan’ yang  didedikasikan kepada pihak yang terlibat sepanjang berlangsungnya proses pengurusan kes berkenaan.

Posting ibu ini mengenai kes cabul anak lelakinya mendapat sehingga 4,000 perkongsian.

“Kepada (si pelaku). Kamu cederakan anak makcik dengan cara yang tidak akan mampu beliau sembuh selama-lamanya. Dia akan mengingati tragedi hitam di tahfiz ini sehingga ke akhir hayatnya. Makcik belum mampu memaafkan kamu dan makcik berdoa agar kamu tidak akan menyakiti anak orang lain sepertimana kamu buat pada anak makcik,”tulisnya.

Lebih pilu, ibu ini turut menujukan ucapan buat anak lelaki sulungnya yang menjadi mangsa liwat agar disembuhkan daripada tragedi hitam berkenaan dan diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan.

“Kepada Luke, anak sulung kesayangan. Semoga Allah menyembuhkan kamu, memberi kamu kekuatan, supaya dengan hikmah terjadinya perkara ini ke atasmu, kamu akan jadi manusia hebat. Manusia yang akan membuat perubahan kepada keadaan umat Islam yang semakin dangkal moralnya,”tulisnya.

Wanita tersebut sebelum ini mendakwa anaknya terpaksa berulang-alik ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan untuk rawatan terapi selama 3 tahun ekoran trauma dengan kejadian berkenaan.

Antara komen netizen yang memberikan kata-kata semangat kepada ibu mangsa cabul tersebut.


“Saya berfikir untuk mengambil saman sivil terhadap sekolah kerana kecuaian. Anak lelaki saya kini berusia 13 tahun, dan dia perlu melawat psikiatri kanak-kanak di sebuah hospital kerajaan sehingga tahun 2021 untuk mendapatkan kaunseling dan rawatan traumatik," katanya.

Dia turut mendedikasikan ucapan buat diri sendiri yang gagal dalam menuntut keadilan buat anaknya.

“Kepada si ibu yang memperjuangkan nasib anak yang dizalimi, akhirnya gagal juga kes dibicarakan. Percayalah, bahawa kamu takkan dapat mencari keadilan yang kamu pinta di mahkamah undang-undang manusia, kerana yang akan memberi keadilan kepada kamu hanyalah satu, iaitu Yang Maha Adil, Yang Maha berkuasa.

“Akhir sekali, kususun sepuluh jari memohon maaf andainya ada telah menyusahkan sesiapa sepanjang tiga tahun kami mencuba. Maafkan kami semua. Maafkan aku. Aku dah cuba dan aku kalah. Aku gagal,” luahnya.

Posting tersebut sehingga kini mendapat lebih 4,000 perkongsian selain dihujan ribuan komen netizen.

Rata-ratanya menzahirkan rasa simpati kepada wanita tersebut dan anaknya, selain memberikan kata-kata semangat buat keluarga berkenaan. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
cabul, seksual, liwat, mahkamah, robbul jalil

Artikel Lain