Amboi! 20 bakal doktor melaram tukar 3 uniform, salah seorang pernah dihalau dari wad - “Pensyarah kata masih sempat untuk tukar jurusan” - Viral | mStar

Amboi! 20 bakal doktor melaram tukar 3 uniform, salah seorang pernah dihalau dari wad - “Pensyarah kata masih sempat untuk tukar jurusan”

Sebahagian babak dalam video viral itu. Kredit Twitter @AbdulKadirShah.

HARI konvokesyen menjadi detik kemuncak dalam perjalanan setiap yang bergelar mahasiswa.

Begitu juga dengan 20 doktor muda ini apabila mereka meraikan hari gembira itu dengan video #UniformChallenge sehingga ia tular di media sosial.

Menerusi video berkenaan, mereka memakai jubah putih dilengkapi stetoskop di leher sebelum beralih mengenakan jubah konvokesyen.

ARTIKEL BERKAITAN: Seram atau kreatif? Sekumpulan pelajar UiTM rakam gambar pra konvo tanpa kepala

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa tanya nak bunga masa konvo, pemuda ini kata datang pun dah cukup, “Tengok abah depan mata, terubat kerinduan pada arwah mak”

Babak seterusnya memaparkan mereka berpakaian rona gelap yang juga uniform khas untuk ke dewan bedah.

Bercerita kepada mStar, salah seorang daripada mereka, Abdul Kadir Shah Sahibudeen, 24, mengakui cuba mencari kelainan dalam meraikan hari penuh bermakna itu.

Kumpulan doktor muda ini tampil dengan kelainan dalam meraikan hari konvokesyen. (Kredit: Alippiun)

"Pada mulanya kami plan nak shoot gambar, lepas tu terfikir nak buat video. Ia dirakam di Putrajaya baru-baru ini.

"Kami rakam hari tu dalam tiga take sahaja sudah selesai. Tak susah, yang lecehnya kena tukar baju," ujarnya yang mesra disapa Kadir.

Tambah anak kelahiran Sungai Buloh, Selangor itu, kesemua mereka berada dalam lingkungan usia 24 hingga 25 tahun.

Pensyarah kata masih sempat untuk saya tukar jurusan. Masa tu saya dihalau sebab tak dapat jawab soalan.

ABDUL KADIR SHAH SAHIBUDEEN

Bercerita mengenai perjalanan pengajiannya di Universiti Malaya (UM), Kadir mengakui banyak pengalaman pahit manis yang dilaluinya.

"Banyak naik turun sepanjang lima tahun. Paling teruk pernah dihalau keluar dari wad.

"Pensyarah kata masih sempat untuk tukar jurusan. Masa tu saya dihalau sebab tak dapat jawab soalan.

Kadir turut berkongsi suka-duka sepanjang pengajiannya. (Kredit: Alippiun)

"Tapi saya ambil dari sudut positif untuk perbaiki diri. Ia membuka mata saya untuk jadi lebih baik," ujarnya lagi.

Kadir dan rakan-rakannya turut berhimpun sekali lagi sewaktu Istiadat Konvokesyen UM pada Selasa lalu.

Selain video tular berkenaan yang dirakam dua hari lebih awal, mereka turut menjalani photoshoot untuk merakam gambar kenang-kenangan bergelar pelajar.

Dua video yang dimuatnaik di Twitter.

Tambahnya, mereka kini sedang menunggu panggilan penempatan (housemanship) dan beriltizam menjadi doktor yang mampu memberi sumbang bakti kepada masyarakat.

Dalam pada itu, video #UniformChallenge bukanlah sesuatu yang asing, malah ia turut popular menerusi aplikasi TikTok.

Foto yang dirakam sebagai kenang-kenangan. (Kredit: Alippiun)

Video cabaran itu menjadi sensasi di peringkat global yang mana ia menggunakan lagu Move Your Body (Alan Walker Remix) dendangan asal penyanyi Australia, Sia yang turut popular dengan lagu hit Chandelier.

Dua video berasingan yang dimuatnaik Kadir di Twitter sehingga kini menerima hampir 20,000 jumlah tontonan.

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain