Biadab! Dah kantoi curi, selamba tumbuk uncle jual roti... orang lain tengok saja – “Tolong ubah mentaliti” - Viral | mStar

Biadab! Dah kantoi curi, selamba tumbuk uncle jual roti... orang lain tengok saja – “Tolong ubah mentaliti”

Tangkapan skrin menunjukkan seorang remaja lelaki mencuri roti sebelum menumbuk penjual roti berkenaan.

VIDEO tular menunjukkan seorang penjual roti yang ditumbuk seorang remaja selepas ‘kantoi’ mencuri beberapa bungkus roti meraih simpati warganet.

Menerusi klip video berdurasi 54 saat itu menunjukkan seorang remaja lelaki berbaju merah dengan selamba mengambil beberapa bungkus roti sebelum berlalu pergi tanpa membuat bayaran. 

Bagaimanapun, tindakan remaja itu disedari penjual roti berkenaan tetapi dia enggan memulangkan semula bungkusan roti yang dicurinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Main masuk je! Penunggang motosikal hijau terus ‘blah’ selepas mangsa jatuh... tapi pemandu Swift merah wajar dapat pujian!

ARTIKEL BERKAITAN: “Common sense tertukar dengan binatang mungkin”- Pelajar ‘U’ geram, kerepek habis, mana duitnya?

Dia kemudian melepaskan bungkusan roti sebelum menumbuk peniaga itu dan beredar ke arah seorang penunggang motosikal yang dipercayai rakannya. 

Beberapa saksi di lokasi kejadian.

Video tersebut yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Kader Ibrahimz pada Khamis lalu dikongsi lebih 35,000 kali sehingga menjadi tular.

Menerusi akaun Twitter @999Malaysia yang turut memuat naik video tersebut, tindakan remaja itu membangkitkan kemarahan warganet yang menyifatkannya melampau.

Yang lelaki dekat situ tengok je ke? Tak reti nak tolong? Tak fahamlah aku, sedih betul aku tengok orang-orang tua teraniaya ni

WARGANET

Namun apa yang turut dikesalkan adalah beberapa saksi kejadian langsung tidak memberi respons mahupun membantu penjual roti itu.

Ketika kejadian, terdapat lebih lima saksi termasuk beberapa lelaki dewasa, tetapi tidak berbuat apa-apa.

Tindakan remaja itu mencuri dan menumbuk penjual roti membangkitkan kemarahan warganet.

“Uncle tu susah payah cari makan jual roti, lepas tu dia senang-senang je ambil. Lepas tu siap tumbuk lagi,” tulis seorang warganet.

“Kasihan pakcik tu. Dia dah tua pun pandai cari rezeki nak bagi perut anak bini dia makan semua. Kau muda lagi, badan sihat, tapi pemalas! Pergi kerjalah! Cari duit! Baru dapat makan! Sesuka je nak tumbuk-tumbuh orang,” ujar seorang pengguna Twitter yang berang dengan tindakan remaja terbabit.

“Yang lelaki dekat situ tengok je ke? Tak reti nak tolong? Tak fahamlah aku, sedih betul aku tengok orang-orang tua teraniaya ni. Langsung tak ada belas kasihan,” soal seorang gadis.

Warganet mempersoalkan tiada saksi kejadian yang tampil membantu penjual roti berkenaan.

“Benda yang salah orang biarkan. Aku tak faham kenapa banyak orang kat situ tak ada siapa nak tolong? Kenapa semua tolong tengok je? Apa salahnya tolong halau mamat kering yang tak cukup makan macam penagih dadah tu?,” komen seorang pemuda yang turut mempertikaikan reaksi saksi-saksi kejadian.

“Masalah sekarang orang Malaysia ni bila benda macam tu jadi orang tengok je kenapa? Kalau kat luar ni dah lama kena budak tu. Tolong ubah mentaliti,” seorang warganet memberikan pandangan.

uncle , roti , tumbuk

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain