suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seorang mangsa letupan di kampus masih koma... Alami pendarahan dalam otak, retak tengkorak

Fadil berkata seorang mangsa berusia 19 tahun mengalami pendarahan dalaman di otak dan retak tengkorak.

SEORANG pelajar HELP University yang cedera akibat letupan gas penyaman udara di kampus Bukit Damansara, Kuala Lumpur, masih dalam keadaan koma.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, mangsa seorang perempuan berusia 19 tahun itu mengalami pendarahan dalaman di otak dan retak tengkorak.

“Dia kini dirawat di High Dependency Ward (HDW) di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan berada di bawah pemantauan perubatan rapi,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Fadil berkata seorang lagi mangsa, seorang penyelia lelaki berusia 54 tahun, mengalami kecederaan akibat melecur dan serpihan logam tertusuk di badannya akibat letupan itu.

“Mangsa dimasukkan ke wad di hospital dengan 24 peratus tubuhnya melecur. Dia kini sedar, dalam keadaan stabil dan terus dipantau dengan rapi selepas pembedahan,” tambahnya.

Tambahnya, seorang lelaki warga Indonesia berusia 22 tahun yang bekerja sebagai kakitangan kantin di universiti itu tidak mengalami kecederaan serius.

ARTIKEL BERKAITAN: Seorang maut dalam insiden letupan di universiti swasta, 9 lagi mangsa cedera

“Dia dirawat di Hospital Sungai Buloh dan dibenarkan pulang pada Rabu kira-kira pukul 2 petang,” ujarnya lagi.

Seorang lagi mangsa, pelajar HELP University berusia 18 tahun, mengalami kecederaan di pinggang dan pada mulanya dirawat di HKL sebelum dibenarkan pulang pada Selasa.

“Dia mendapatkan rawatan lanjut di sebuah hospital swasta pada hari yang sama. Dia kini dimasukkan ke wad dan dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan pergigian pada 15 Januari. 

"Dia dijadual menjalani pembedahan pinggang esok,” kata Fadil lagi.

Susulan insiden kira-kira pukul 11.40 pagi pada Isnin lalu itu, seorang lelaki maut manakala sembilan lagi cedera akibat letupan gas penyaman udara di HELP University.

Mangsa yang meninggal dunia, Soo Yu Juan, 24 tahun, merupakan pelajar tahun ketiga jurusan kejuruteraan mekanikal di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).

 

Artikel Lain