RAKAMAN video asap putih menyelubungi kenderaan di Plaza Tol Seremban di Negeri Sembilan mengejutkan warga maya.Berdasarkan klip tular itu, [Tonton Video] asap berkenaan adalah gas amonia dari sebuah lori yang tiba-tiba meletup ketika memasuki laluan tol yang menghala susur keluar arah Kuala Lumpur. Menurut Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Bakarya Mohd Salleh, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.50 petang Khamis, membabitkan tong gas yang berisi amonia meletup."Tong gas itu dalam muatan sebuah lori. Akibat kejadian, seorang wanita iaitu jurutol dan seorang pengawal keselamatan lelaki dikatakan mengalami sesak nafas sebelum dibawa ke hospital."Jarak lori berhenti dan plaza tol kira-kira 50 meter dan difahamkan gas dibawa angin ke arah plaza tol manakala pemandu lori hanya mengalami pedih mata dan diberikan rawatan awal," katanya.Jelas beliau, pihaknya mengawal kebocoran gas dengan menggunakan absorbent towel dan menutup lubang yang pecah selain mengambil bacaan gas amonia.Dalam pada itu katanya, pasukan bomba turut melakukan water curtain bagi mengelak gas daripada merebak ke kawasan ramai pengguna jalan raya. Tambah beliau, sehingga pukul 5 petang, lokasi kejadian dilaporkan selamat selepas pihak syarikat gas melakukan pemindahan gas ke tong yang selamat dan mengesahkan tiada lagi kebocoran.Operasi turut dibantu Polis Peronda Lebuhraya, Polis Bantuan Plus, pihak PLUS, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).