PETRONAS Dagangan Berhad meraikan pemenang Fasa 2 Kempen Ganjaran Lebih Bermakna 2025 di Kuala Lumpur, memberi ganjaran kepada ahli Mesra yang mengisi minyak melalui Setel, termasuk hadiah utama dan kategori seperti minyak percuma, mata Mesra, serta baucar perjalanan Visa.Menurut Pengurus Besar Strategi dan Komunikasi Pemasaran di PETRONAS Dagangan Berhad, Cheok Yen Kwan, kempen ini direka dengan matlamat utama untuk menjadikan aktiviti rutin seperti mengisi minyak sebagai sesuatu yang lebih berbaloi. “Di PETRONAS, segala yang kami lakukan berfokus kepada pelanggan. Matlamat kami adalah memastikan setiap pelanggan benar-benar merasai nilai yang kami perjuangkan, iaitu sebuah perjalanan yang lebih mudah, lebih lancar dan lebih berbaloi. “Kami memahami keperluan pelanggan dan komited untuk menyampaikan pengalaman ini dalam setiap tindakan kami. Menerusi kempen ini, kami ingin menjadikan aktiviti harian seperti mengisi minyak sesuatu yang lebih menyeronokkan, walaupun ianya kelihatan biasa, pengalaman itu sebenarnya mampu memberikan ganjaran yang besar. Salah seorang pemenang kempen Ganjaran Lebih Bermakna yang meraikan kemenangannya bersama anak dan isterinya.“Dengan mengisi minyak di PETRONAS, pelanggan berpeluang untuk memenangi hadiah menarik. Hari ini, pemenang memenangi baucar barangan runcit bernilai RM5,000 serta 250,000 mata Mesra Rewards, bersamaan nilai RM2,500. “Kami berharap ganjaran ini sedikit sebanyak dapat membantu keperluan harian para pemenang dan menjadikan perjalanan mereka lebih bermakna dengan PETRONAS sebagai pilihan bahan api utama,” ujarnya.Beliau berkata demikian sewaktu majlis pengumuman pemenang yang berlangsung di pusat beli belah AEON Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur pada Selasa.Salah seorang pemenang, Wan Fazrul Wan Bulkarim, 40, dari Puncak Alam, Selangor, menzahirkan rasa syukur dan menyifatkan hadiah yang diterima sebagai rezeki untuk keluarga.“Saya merupakan pengguna PETRONAS sejak zaman belajar, saya menang kempen anjuran PETRONAS. Dengan hadiah yang diterima, saya akan manfaatkan untuk enam orang anak saya.Selain baucar barangan runcit bernilai RM5,000, pemenang turut diberi 250,000 mata Mesra Rewards, bersamaan dengan nilai RM2,500.“Dengan sesi persekolahan 2026 yang akan bermula tidak lama lagi,bolehlah saya membeli barang keperluan rumah untuk anak isteri termasuk alat tulis,” ujar Wan Fazrul.Seorang lagi pemenang, Mohd Fazrin Hussin Tajul Ariffin, 33, berkata, beliau berbesar hati dapat menyokong PETRONAS, yang menganggap sebuah jenama tempatan yang sangat dibanggakan.” “Saya merupakan pengguna aplikasi Setel sejak awal pelancaran. Saya guna PETRONAS kerana ia syarikat negara kita. Saya tahu mengenai kempen Ganjaran Lebih Bermakna ini melalui hebahan di pam petrol ketika mengisi minyak.“Saya juga rajin sertai peraduan dan sudah beberapa kali menyertai, tapi ini kali pertama saya menang. Saya rancang untuk bawa anak isteri berbelanja nanti,” ujar bapa kepada dua cahaya mata itu.Selain dua pemenang itu, Raja Mahadi Raja Mahmudin dari Bandar Sunway, Selangor, turut berkongsi rasa teruja dan menyifatkan kemenangannya sebagai satu rezeki buat keluarga.“Saya juga tahu mengenai kempen ini ketika mengisi minyak dan tidak sangka pula boleh menang. Hari ini saya beli keperluan dapur dan akan bawa keluarga berbelanja pula,” ujarnya yang mengisi minyak di PETRONAS sekurang-kurangnya dua kali seminggu.Selain berbelanja dengan baucar barangan runcit bernilai RM5,000, para pemenang juga boleh menggunakan 250,000 mata Mesra Rewards yang diperoleh untuk mengisi minyak di semua stesen PETRONAS.Kempen Ganjaran Lebih Bermakna yang ditaja oleh Visa ini berlangsung dalam dua fasa. Fasa pertama diadakan dari Jun hingga Ogos, manakala fasa kedua baru sahaja berakhir selepas berlangsung dari 1 September hingga 31 Oktober 2025.Untuk maklumat lanjut, layari www.mymesra.com.my, hubungi Mesralink di 1-300-22-8888, atau kunjungi www.setel.com.