suria

Hilang sabar isteri merajuk sampai tak balik rumah, lelaki tembak dua anak sebelum ambil nyawa sendiri

Mangsa ditembak mati oleh ayah kandung.

SEORANG lelaki tergamak menembak mati dua anaknya sebelum membunuh diri sendiri, susulan konflik rumah tangga yang berlarutan.

Insiden tragis itu berlaku di sebuah vila di kawasan Boynuyoğun di Adana, Turkiye.

Berdasarkan laporan media tempatan pada Khamis, suspek yang dikenali sebagai Sergen Altunbaş, 34, dikatakan bertengkar dengan isterinya beberapa hari sebelum kejadian. 

Akibat perselisihan faham tersebut, isterinya bertindak keluar dari rumah dan enggan pulang.

Situasi yang berlaku itu membuatkan suspek menembak dua anaknya, Ada (8 tahun) dan Mert (6 tahun).

Dia kemudian menggunakan senjata yang sama untuk menembak diri sendiri.

Polis mengesahkan kesemua mereka maut di dalam kediaman selepas melakukan pemeriksaan lanjut bersama petugas kesihatan.

Pada masa sama, suasana di lokasi kejadian bertukar kecoh apabila ahli keluarga yang tiba di kawasan vila berkenaan gagal mengawal emosi.

Malah mereka bertindak membakar kenderaan milik suspek yang diletakkan di halaman rumah. -Agensi

Artikel Lain